Setahun Duduk Dalam ‘Rumah’ Kereta Buruuk, 3 Beradik Kucuup Duit Syukur Dapat RM1

Tidak semua orang dapat merasa nikmat kehidupan yang menyenangkan. Lebih-lebih lagi di musim pandemik COVIiD-19 ini, ramai yang terkesan sehingga kehilangaan punca pendapatan dan seterusnya bergeluut untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perasaan yang dirasakan selepas melihat sebuah keluarga kurang bernasib baik di Kluang, Johor.

Sekeluarga tinggal dalam van buuruk selama setahun sebab tak mampu sewa
Menerusi perkongsian di Facebook Ustaz Tido, lima sekeluarga telah tinggal di dalam sebuah van buruuk hampir setahun lamanya. Mereka tidak mampu untuk menyewa bilik, apa lagi sebuah rumah bagi menempatkan anak-anak. Meskipun ruangannya agak kecil, kenderaan itulah yang digunakan untuk tidur, tempat bermain dan juga makan.

Dapat makan makanan segera, anak-anak teruja habis
Beberapa orang sukarelawan telah bertemu keluarga ini dan menghulurkan sedikit bantuan awal. Saat dihulurkan makanan segera untuk santapan, mereka sebaak melihat si anak yang begitu teruja mendapat peluang tersebut setelah sekian lama. Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu juga mengucup wang berjumlah RM1 yang diterima seolah-olah begitu bersyukur dengan pemberian bermakna itu.

Ustaz arah carikan rumah sewa, sanggup bayar segala kos termasuk bil air & elektrik
Susulan itu, ustaz berkenaan telah mengarahkan pihaknya yang berada di Johor untuk mencarikan rumah sewa buat keluarga tersebut. Malah dia sanggup membayarkan sewa kediaman itu beserta bil air dan juga elektrik.

Sumber: Facebook Ustaz Tido & Muhammad Hassan