Sempat Beli Cincin, Bapa Luah Hasrat Anak Kedua Nak Bertunang Tak Kesampaian..

Sesungguhnya jodoh, pertemuan dan ajaal merupakan takdiir Allah yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Pada hari Sabtu lalu, seorang pemuda yang bekerja sebagai tukang gunting dilaporkan telah menemui ajaal dalam nahaas jalan raya. Trageedi berkenaan berlaku di Jalan Haji Ahmad, Kuantan berpunca selepas motosikal ditunggang oleh Mohammad Uzair Nasaie dihentaam pemandu kereta yang mengambil alkohool.

Dah siap beli cincin untuk tunang…walaupun sediih, tapi keluarga reda dengan pemergian anak
Terbaru menerusi portal Sinar Harian, bapanya iaitu Abdul Ruzak Hussin menyatakan bahawa pemuda berkenaan telah membeli cincin untuk mengikat majlis pertunangan yang akan berlangsung pada bulan Disember ini. Namun mereka sekeluarga akur atas pemergian Allahyarrham meskipun berasa terkilan kerana hasratnya tidak kesampaian.

Sempat minta ibu jaga diri & luahkan hasrat nak tunang…bapa akui anak seorang yang baik dan prihatin
Sehari sebelum kejadiaan, anak kedua itu juga sempat mengingatkan ibunya agar sentiasa jaga diri dan terus meluahkan bahawa ingin bertunang. Ujarnya lagi, pertemuan kali terakhir mereka adalah pada bulan Oktober lalu ketika menghadiri majlis kahwin di Melaka. Dalam pada itu, Abdul Ruzak juga mengakui bahawa pemuda berkenaan merupakan seorang anak yang baik kerana gemar membantu serta ambil berat terhadap keluarga.