Selalu minta sejadah, rakan dedah utamakan solat ‘rahsia’ Haqiem Rusli murah rezeki

Penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli merupakan pemenang termuda memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-33 pada bulan lalu.

Penyanyi berusia 22 tahun itu sememangnya diminati ramai apabila sering dipuji oleh peminat kerana mementingkan hal agama.

Baru-baru ini, akaun Tiktok bernama Jay Jusin berkongsi sebuah video menyatakan penyanyi lagu Tergantung Sepi itu tidak pernah meninggalkan kewajipan solat.

@jayjusin1

such a pure heart ❤️ HAQIEM RUSLI @haqiem_1998 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

♬ original sound – Jay Jusin – Jay Jusin

“Tiap-tiap kali datang rumah memang tak pernah miss minta sejadah nak solat. Kekadang tengok kawan solat, tersentuh hati.. Harap satu hari nanti dapat solat penuh macam Haqiem,” tulis Jay.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui kejayaan dan rezeki yang dimiliki oleh penyanyi itu adalah kerana keutamaan dan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT selain kerja keras yang dilakukan.

Patut la rezeki dia melimpah ruah

Dia tahu tanggungjawab

Alhamdullilah, layak menjadi contoh dalam industri hiburan. Ini sekali gus meneepis tanggapan neegatif orang ramai terhadap artis yang dikatakan hanya memikirkan tentang keseronokkan semata-mata!

Sumber: TikTok