Sejaarah Pembinaan Kaabah

Allah سبحانه وتعالى mewahyukan kepada Nabi Ibrahim untuk membina Ka’bah namun baginda tidak tahu di manakah lokasi yang dikehendaki oleh Allah itu.

Kemudian, Nabi Ibrahim melihat satu awan yang ada di langit biru dan tahulah Nabi Ibrahim bahawa di situlah tempat yang akan didirikan Ka’bah. Maka, bermulalah pembinaan Ka’bah yang mana batu-batunya diambil daripada gunung. Nabi Isma’il turut bekerjasama dalam proses pembinaan Ka’bah ini.

Apabila binaan Ka’bah telah tinggi, Nabi Ibrahim memijak bumi untuk menyiapkan penyusunan batu pada bahagian atas Ka’bah hingga terbentuk tapak kaki baginda yang mulia di atas tanah dan dinamakan sebagai Maqam Ibrahim.

Ketika telah selesai pembinaan Ka’bah, Nabi Ibrahim memerintahkan kepada Nabi Isma’il untuk mencari batu untuk meletakkannya pada penjuru Ka’bah. Semasa Nabi Isma’il mencari batu yang diperintahkan oleh Nabi Ibrahim, baginda terserempak dengan malaikat yang membawa batu dari syurga.

Batu itu berwarna putih dan dibawa oleh Nabi Isma’il kemudian diletakkan pada penjuru Ka’bah. Namun, batu itu berubah kepada warna hitam kerana dosa anak-anak Adam dan dari situlah batu tersebut dinamakan sebagai Hajarul Aswad yang bermaksud “Batu berwarna hitam.”

Setelah itu, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah:
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۗ اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَآ اُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَۖ وَاَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۚ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.

“Wahai Tuhan kami, terimalah dari kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepada-Mu, dari keturunan kami umat yang berserah diri kepada-Mu, tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan manasik haji, dan terimalah taubat kami.

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah ayat 127-128)

Tiba-tiba Nabi Ibrahim terdengar satu suara gemuruh dari arah yang jauh, suara itu mengucapkan lafaz Talbiah:

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك بيك، ان الحمد والنعمة، لك والملك لا شريك لك.

Suara itu ialah rooh-rooh yang bakal menunaikan Haji atau Umrah di Makkah pada suatu hari nanti.

Wallahu a’lam.

kredit : Shuq Faqat al-Fansuri