Sedekah jadi amalan, pemeergian wanita ini dicemburui

KEMAaTIAN yang dicemburui, begitulah rata-rata komen netizen berhubung kematiaan seorang wanita sehingga kisah itu tular di laman sosial.

Menurut perkongsian menerusi Facebook Aku Mencintai Mu Ya Rasulullah, Nurul Fahima Binti Abdul Rahim, 31, yang kini menetap di Syria mengehmbuskan nafas terakhir pada malam Jumaat di atas riba suaminya ketika membaca al-Quran.

“Nurul Fahima Abdul Rahim, meninggal dunia di bumi yang penuh barokah, bumi Syria.

“Kematian beliau di tanah Syam. Ada 25 ribu jasad sahabat dikebumikan di Syam termasuk isteri-isteri nabi.

“Waktu sepertiga malam Jumaat sedang khatam al-Quran atas ribaan suami,” ujar pengendali Facebook tersebut.

Menurut suaminya, arwah sangat suka bersedekah semasa hayatnya dan sudah menjadi amalan hariannya untuk menyimpan sebanyak 50 sen sehari untuk tujuan itu.

“Bila dah penuh tabung, wang itu akan diedarkan kepada anak-anak yatim atau orang awam. Jika dia tidak sihat, dia minta saya edarkan.

“Bukan sedekah berbentuk duit sahaja, arwa juga selalu sedekah makanan kepada rakan-rakannya walaupun sedikit,” ujar suaminya.

Arwah Nurul Fahima juga sangat mementingkan hubungan silaturrahim sesama keluarga dan saudara-mara walaupun beliau berada jauh di perantauan.

“Bagi arwaah, jarak tidak menjadi masalah untuk dia berhubung walaupun jasaad tidak bertemu.

“Disebabkan sikapnya suka menjaga silatrurrahim ramai kenalan yang mengenalinya dan yang tak mengenalinya terasa akan pemergian dia hatta kenalan lama turut menyapa saya asbab pemergiannya,” ujar adik arwaah, Rabiatul Adawiyah.

Difahamkan, arwaah meninggaal dunia akibat komplikasi jantung yang serius.

Semoga rooh arwaah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..