Sedang Berpuasa,Anak Disuruh Ke Kampung Untuk Bersama Membaca Talqin Buat Ibu Sungguh Sediih Apabila Baca Talqin Untuk Ibubapa Sendiri Terkenang Saat Bersama Mereka

Dalam hidup kita, hanya ada tiga perkara sahaja yang pahalanya akan kekal berpanjangan buat selamanya. Ketiga-tiga perkara tersebut adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan juga anak yang soleh.

Sebagai ibubapa, pastinya kita akan melakukan sehabis baik untuk mendidik anak-anak supaya mereka dapat menjadi harta kita di dunia dan juga di akhirat.

Sebagai anak, sudah pastilah kita ingin menyenangkan kedua ibubapa kita semasa mereka masih hidup dan juga setelah meniinggaal dunia.

Sebuah perkongsian menerusi portal mStar ini telah mendapat lebih daripada 470 ribu tontonan dan membuatkan lebih daripada 700 warganet meninggalkan komen kerana sebak dengan apa yang mereka tonton tersebut.
Ingatlah bahawasanya mama, sekarang berada di alam barzakh.”

Bacaan talkin yang dibacakan oleh salah seorang anak lelaki arwah Azizah Romli iaitu Muhammad Neezam Mohd Ariffin, 35, yang merupakan seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir.

Arwah meninggalkan suami dan 12 orang anak tersayang yang pastinya membuatkan ramai yang cemburu dengan kesempurnaan didikan terhadap anak-anaknya itu.

Menurut salah seorang anak arwah, Nur Faezah Mohd Ariffin, 42, talqin yang dibaca oleh adik lelakinya itu benar-benar sampai ke hati mereka 12 beradik. Biasanya talqin dibaca tanpa ada menyebut ibu mereka. Namun, bacaan talqin kali ini yang istimewa buat ibu mereka membuatkan dirinya terasa sangat sayu.

Dia merasakan seolah-olah mereka tidak lama lagi juga bakal menyusul ibu tercinta. Katanya lagi, mereka sekeluarga langsung tidak menyangka bahawa ibu mereka akan pergi meninggalkan mereka kerana ibunya langsung tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

Arwaah ada menyatakan hasrat kepada Faezah bahawa dia ingin khatam al-Quran sebelum Ramadan. Namun, hajat tersebut tidak kesampaian. Arwah telah dijemput menghadap Ilahi empat hari sebelum puasa.

Pada waktu tersebut, masih ada baki 12 juzuk al-Quran belum berjaya dihabiskan.

“Ia seperti mama tinggalkan 12 juzuk tersebut untuk kami adik-beradik selesaikan. Jadi, 12 juzuk terakhir tersebut kami baca bersama-sama ketika mama tenat sebelum mama menghembuskan nafas yang terakhir,” ujarnya lagi.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya.Terima kasih.

Sumber:medialoka.com