‘Saya tahu ada sesuatu yang berlaku kepada adik saya’ abang maangsa tanah ruuntuh.

IPOH – Kebimbangan seorang lelaki selepas adiknya gagal dihubungi terjawab apabila lelaki itu terkoorban dalam kejaadian tanah ruuntuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini tengah hari semalam.

Mayat Muhammad Hafiz Hamdi, 31, ditemui pada pukul 10 malam selepas terperangkap hampir 10 jam dalam runtuhan tersebut.

Menurut abang maangsa, Mohd. Kamal, 40, dia mengetahui mengenai kejaadian tanah ruuntuh itu dan berkongsi mengenainya dalam kumpulan Whatsaap keluarga.

Katanya, walau bagaimanapun Muhammad Hafiz yang juga anak ketiga daripada lima beradik itu tidak memberi sebarang respon.

“Biasanya apabila saya kongsikan maklumat, dia beri maklum balas dan beritahu lokasi kejadian namun kali ini, dia diam sahaja.

“Saya hubungi dia beberapa kali tetapi gagal. Ketika itu, saya memang berasa tidak sedap hati,” katanya ketika ditemui di lokasi kejaadian hari ini.

Menurut Mohd. Kamal, kebimbangannya terjawab apabila rakan sekerja adiknya itu memaklumkan Muhammad Hafiz terlibat dalam trageedi tersebut.

Jelas, dia yang masih ragu-ragu tidak menunggu lama dan segera ke lokasi kejaadian bagi mendapat gambaran sebenar naahas tersebut.

“Adik mempunyai dua anak yang masih kecil. Setiap hari dia berulang-alik memandu lori untuk mengambil sayur dari Cameron Highlands.

“Saya kasihan dengan adik ipar yang masih traauma,” katanya.

Jenaazah maangsa akan dikebumikan di kampung halaman di Parit Tanjung Piandang, Parit Buntar.

Selain Muhammad Hafiz, kejadian itu turut mengoorbankan pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, yang dijumpai pada pukul 9.30 malam tadi. -K! ONLINE.