Sahabat Menangiis Sukar Dicari, Hafiz Pegang Janji Takkan Biar Kawan Deritaa..

Masihkah anda ingat tentang kisah seorang usahawan muda bernama Hafiz Mahamad yang pernah viral kerana membantu sahabatnya yang diuji strook? Nilai persahabatan yang sudah terjalin sejak dari kecil itu nyata membuatkan Hafiz tidak sanggup untuk melihat teman baiknya terlantar sebegitu. Atas dasar tanggungjawab, dia bukan sahaja sanggup tinggalkan semua kerja pergi ke Kelantan masa itu termasuklah menanggung semua kos rawatan.

Teringat waktu dia sihat dulu…saya kahwin dialah yang pakaikan sampin & minta jaga isteri dengan baik
Baru-baru ini, suami kepada Instafamous Syafiqah Aina berkenaan telah diundang ke sebuah rancangan temubual di stesen TV RTM. Saat mengulas tentang membantu sahabat yang dikenali sebagai Loh tempoh hari, Hafiz mengakui dia terus tersentuuh apabila mengenang semula waktu kawan baiknya itu sihat. Ujarnya, dialah antara individu yang sentiasa menjadi tulang belakang utama hidupnya sebelum berkahwin dengan isterinya lagi.

10 kali offer ajak bekerja sekali tapi semua ditolak…dia cuma nak kasih sayang seorang sahabat
Terdahulu, Hafiz sendiri pernah menawarkan kawan baiknya itu untuk bekerja sekali di bawah syarikat perniagaannnya. Namun kesemua ajakan tersebut ditolak dengan cara baik. Walaupun begitu, Hafiz tetap akan berusaha untuk membantu sahabat sejatinya itu selagi termampu hingga akhir hayatnya.

https://www.facebook.com/watch/?v=394486015079847