Ramai Yang Abaikan Dan Ambil Mudah, Ini Rupanya Maksud ‘Guna Sebelum’ Dan ‘Baik Sebelum’ Pada Label Produk.

Setiap kali memberi barang, perasankah anda label tarikh Iuput yang dicatatkan pada setiap produk makanan dan minuman.

Ada dua label yang berbeza iaitu Baik Sebelum (Best Before) dan Guna Sebelum (Use By).

Menurut perkongsian pakar kimia, Dr. Fatimah Salim menerusi laman Facebook Makmal Makanan (MaMa), terdapat perbezaan pada kedua jenis label tarikh Iuput ini dan tidak seharusnya mengambil ringan mengenai perkara tersebut.

Berikut merupakan penerangan Dr. Fatimah Salim.

Guna Sebelum (Use by)

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat r0sak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya.

Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUaNG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

Baik Sebelum (Best Before)

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan.

Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkvrangnya kualiti seperti kehiIangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu r0sak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkuIat, berIendir, keIadak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (teng1t disebabkan oksidasi) dan rasa (teng1t, m4sam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membvang terus produk ini.

Tidak hanya berkongsi maklumat, Dr. Fatimah juga turut memberikan tips untuk memanjangkan jangka hayat produk yang dibeli.

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:

Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperaIahankan pertvmbuhan kuIat dan aktiviti b4kteria per0sak.

Sumber: Facebook Fatimah Salim