Ramai Tak Tahu Cara Tuntut Duit Khairat Kemaatian Bila Waris Meniinggal

Soal kemaatian atau kehilangan orang tersayang untuk selama-lamanya pastinya kita akan berseedih dan seperti tidak dapat menerima kenyataan.

Apatah lagi jika yang meniinggal itu adalah ahli keluarga terdekat seperti ibu atau ayah, adik beradik, isteri atau suami dan juga anak-anak tersayang dan lebih teeruk lagi jika tiada duit untuk kos pengurusan jenazaah atau khairat kemaatian.

Walau bagaimanapun, kemaatian itu adalah pasti dan wajib akan dirasai oleh semua makhluk yang berada di atas bumi sebagaimana seperti yang Allah telah janjikan dan mereka yang hidup harus meneruskan hidup selagi nyaawa dikandung badan dan yang pasti yang pergi tak akan kembali lagi.

Pembiayaan pengurusan jenaazah pada zaman sekarang sememangnya bukanlah murah lebih lebih lagi jika tiada khairat kemaatian. Kos pengurusan jenaazah pada masa ini adalah meliputi lima perkara sepertimana yang dikongsikan oleh Pengurus Jenaazah Masjid AL-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Jalan Pantai Permai 7, Kuala Lumpur.

Kos penghantaran jenaazah ke tanah perkuuburan RM100
Kos kain kapan RM250
Kos mandi jenaazah RM200
Kos gali kuubur RM500
Kos bacaan talkin RM100

Walau bagaimanapun, kos atau harga ini biasanya agak berbeza mengikut tempat serta mengikut masjid kariah di mana tempat tinggal si mati berkenaan menetap. Namun, kos akan terus meningkat jika waris meminta menghantar jenaazah dari lokasi luar ke tempat lain seperti kampung halaman.

Mengikut kebiasaannya, kos pengangkutan penghantaran jenaazah akan dikira sebanyak RM2 untuk satu kilometer dan ia berbeza mengikut perkiraan pengurusan sesebuah masjid manakala bayaran tol pula akan dibayar oleh waris sendiri.

Ia terbukti kos pengurusan jenaazah agak tinggi dan sememangnya tidaklah murah. Waris perlu mengeluarkan semua kos tersebut dan harga semakin meningkat sekiranya seseorang itu meniinggal di tempat kerja atau jauh dari tempat tinggalnya seperti di negeri lain.

Mungkin ramai yang masih tak tahu jika berlaku kemaatian, waris boleh menuntut kos pengurusan jenaazah di beberapa tempat seperti yang dikongsikan oleh seorang Perancang Harta Syariah dan anda boleh buat semakan jika ada ahli keluarga meniinggal dunia dan boleh menggunakan duit tersebut untuk uruskan jenaazah.

Mungkin juga ada yang masih tak tahu bahawa waris boleh tuntut duit khairat kemaatian dan ada juga yang langsung tak tahu serta tak tuntut sehinggakan wang tersebut dibiarkan begitu sahaja dan jumlahnya bukan sedikit ada yang hampir 10K dan ini sangat merugikan.

Mulai sekarang, pastikan anda tahu dan pastikan semua ahli keluarga, pasangan suami atau isteri dan juga anak-anak sekiranya berlaku kemaatian, mereka boleh menuntut kos pengurusan jenaazah seperti yang dinyatakan. Tapi, bila dah dapat duit itu nanti, apa harus kita buat?

Sebenarnya, khairat kemaatian TIDAK dikira sebagai harta pusaka, jadi ianya terserah kepada budi bicara semua waris sama ada untuk digunakan urusan jenaazah, membayar hutang, membuat kenduri tahlil dan sebagainya. Namun, waris harus memastikan urusan jenaazah telah selesai menggunakan duit ini dan diingatkan, wang tersebut haruslah digunakan untuk tujuan yang baik.

Berikut adalah 10 tempat tuntutan yang waris boleh buat semakan seperti dikongsikan di laman Facebook oleh Sfatyma Idris. Pastikan anda membaca semuanya satu persatu. Boleh detect tempat kat mana waris boleh tuju nanti.

10 Lokasi Tuntutan Khairat Kemaatian

1. Khairat Kemaatian Khariah Masjid
Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
Syarat: si maati menjadi ahli/ mencarum di khariah

2. Khairat Kemaatian PERKESO
RM 2,000
Syarat: si maati menjadi ahli/ pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kemaatian KWSP
RM 2,500
Syarat: si maati ahli/ pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenaazah JPA
RM 3,000
Syarat: si maati Pesara/ Kakitangan Awam

5. Khairat Kemaatian Bank Rakyat
RM 3000
Syarat: si maati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kemaatian ASNB
RM 200 – RM 2,000
Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si maati

7. Khairat Kemaatian Skim Takaful
RM 2,000 – RM 5,000
Syarat: si maati pencarum takaful

8. Khairat Kemaatian Persatuan Berdaftar/ NGO/ Koperasi
RM 500 – RM 5,000
Syarat: si maati adalah ahli berbayar persatuan/ NGO/ Koperasi

9. Khairat Kemaatian Pencen
RM3000

10. Lain-lain

Mungkin ada lagi khairat kemaatian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kemaatian.

Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kemaatian seperti yang dilaporkan oleh Remaja.

Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil maati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kemaatian. Jangan ditangguh.

Semoga perkongsian cara tuntut duit khairat kemaatian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kos pengurusan jenaazah dengan mudah. Sebolehnya buatlah tuntutan dengan segera dan semua waris berdekatan layak untuk menuntut jika memenuhi syarat. Semoga bermanfaat.