Pulau Kecil-kecil Cili Padi

‘Kecil-Kecil Cili Padi’, Ini Mungkin Pulau Paling Padat Di Dunia | Pulau “kecil-kecil cili padi” ini berada di antara Kenya dan Uganda memiliki penduduk yang sangat padat.

Nama pulau ini adalah Pulau Migingo yang terletak di Tasik Victoria, danau terbesar di Afrika dan danau tropis terbesar di dunia. Pulau ini merupakan sebuah pulau berbatu yang bersaiz kira-kira setengah dari padang bola sepak.

Pulau ini boleh dikatakan sebagai pulau terpadat di dunia kerana mempunyai penduduk kira-kira 131 (mengikut bancian 2009). Namun, anggaran terkini menjangkakan populasinya mungkin sudah berkembang mencecah sekitar 500 orang penduduk.

Walaupun kondisi kehidupan di pulau ini kelihatan agak mundur, namun pulau ini mempunyai bar, salon kecantikan, beberapa hotel dan jeti-jeti kecil. Sebagian besar penduduk pulau bekerja sebagai nelayan dan pedagang ikan.

Pulau ini menjadi tempat berkumpul para pembeli dan penjual ikan dan setelah dibeli akan diangkut ke Kenya dan akan dieksport ke Eropah.

Apa yang menariknya lagi, pulau ini berada berdekatan dengan dua buah pulau yang jauh lebih besar darinya iaitu Pulau Ugingo dan Pulau Pyramid. Malangnya kedua pulau itu kelihatan seperti tidak berpenghuni.

Pulau Ugingo yang berjarak beberapa meter dari pulau Migingo tidak berani dihuni kerana penduduk disana percaya adanya legenda setan yang menghantui di Pulau Ugingo. Selain itu, bajak laut juga menjadi alasannya.

Orang yang pertama tiba di pulau ini adalah dua nelayan Kenya, Dalmas Tembo dan George Kibebe, yang mengaku telah menetap di sana sejak tahun 1991. Pada saat itu, pulau ini ditutupi dengan rumput dan penuh dengan burung dan ular.

Pada tahun 2004, Pulau Migingo menjadi perebutan hak milik oleh Uganda dan Kenya namun pada tahun 2009 kedua-dua negara telah mencapai persetujuan bahawa para nelayan dari kedua-dua negara dibenarkan untuk menjalankan perniagaan seperti biasa, sehingga sempadan itu ditentukan oleh pakar.

Bagaimanapun, bagi penduduk Pulau Migindo yang terdiri daripada rakyat kedua-dua negara, siapa yang memiliki pulau berkenaan tidak penting. Mereka cuma mahu meneruskan hidup sahaja.

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT