Prihatin Kepada Maangsa Banjir, Jutawan Hartanah Sumbang RM50K Untuk Ringankan Beban

Mesti ramai yang kenal jutawan hartanah, Mohamad Azlan Abdullah atau lebih mesra dipanggil Ali. Beliau yang terkenal memiliki sebuah helikopter persendirian itu dilihat telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi membantu m4ngsa banj1r di seluruh negara.

Akibat dari mus1bah yang melanda negara itu, Ali telah mengagihkan sumbangan kepada penduduk di Selangor dan Pahang. Selain daripada bantuan kewangan, m4ngsa banj1r turut menerima barangan makanan dan peralatan untuk membersih.

Pemberian sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan kita kepada mereka yang ditimpa benc4na dan diharapkan dapat meringankan bebanan akibat kehilangan harta benda.

Antara yang turut dibantu ialah anggota bomba kerana saya difahamkan penempatan mereka turut ditenggelami b;nj1r di Shah Alam, Selangor. – Kata Ali.

Turut sediakan helikopter untuk misi bantuan

Tidak cukup dengan itu, Pengerusi Syarikat Azlan Al Amin Group Holdings Sdn Bhd ini turut sedia memberikan perkhidmatan helikopter kepada kumpulan NGO yang terlibat bagi memudahkan bantuan di kawasan terputus hubungan dilakukan. Antara lokasi yang memerlukan helikopter adalah di Temerloh, Pahang.

Banyak betul pihak yang memberikan bantuan pada saat ini. Semoga sikap murni ini dapat diteruskan agar Malaysia terus hidup aman dan makmur tanpa mengira bangsa dan agama.

Kredit: Utusan

Sumber: ohmedia via trendinggiler