PERIGI HANG TUAH. ANTARA MIToOS DAN KEBENARAN

Korang pernah ke Melaka? Kalau pernah, mesti korang pernah dengar pasal Perigi Hang Tuah di Kampung Duyong. Kini kawasan berdekatan telah dibangunkan sebagai Perkampungan Hang Tuah. Ianya sering menjadi tumpuan pengunjung sebelum wabaak COVID-19 melanda.

Hang Tuah dikatakan lahir dan membesar di Kampung Duyong ini bersama-sama dengan empat saudaranya iaitu Hang Jebat, Hang Lekir,Hang Kasturi dan Hang Lekiu.

Perigi ini diberi nama Perigi Hang Tuah kerana dipercayai digali sendiri oleh Hang Tuah untuk kegunaan hariannya. Dahulunya perigi ini dikatakan kecil tetapi makin besar apabila dimakan waktu.

Ada pula pendapat lain mengatakan perigi ini terbentuk kerana hentakan kaki Hang Tuah yang ingin bersolat di kampung itu. Dengan beberapa hentakan kakinya, tiba-tiba terkeluar air mata air yang jernih. Kesan hentakan menjadi semakin besar dan perigi berkenaan membentuk seperti bujur sirih, seolah-olah seperti tapak kaki kanan Hang Tuah.

Versi ketiga pula mengatakan Hang Tuah menggali perigi berkenaan semasa beliau dijatuhkan hukuman buunuh oleh Sultan Melaka. Beliau bersembunyi di balik bukit berhampiran dan menggali sendiri perigi berkenaan untuk tujuan kegunaan harian.

Mengikut penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan, Perigi Hang Tuah ini tidak pernah kering walaupun berlakunya kemarau yang teruk. Berzaman lamanya perigi ini membantu para penduduk jika kemarau melanda. Ketika perigi perigi lain kekeringan air para penduduk masih boleh mendapatkan bekalan air di Perigi Hang Tuah ini.

Ada sebuah kisah miistik yang dikaitkan dengan perigi ini. Dikatakan rooh Hang Tuah kadangkala muncul menyerupai seekoor buaaya putih yang hanya boleh dilihat oleh orang-orang alim sahaja. Manusia biasa tidak mungkin dapat melihatnye.

Air dari perigi ini juga dikatakan mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan pelbagai penyaakit terutama penyaakit yang berkaitan dengan alam ghaaib dan juga gangguan maakhluk haalus. Tak dilupakan juga penyaakit yang memerlukan rawatan.

Memang pelbagai kisah dan misteeri dikaitkan tentang perigi ini. Dari segi miistik kepada segi perubatan. Tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Apa yang pasti, Hang Tuah tetap menjadi ikon keberanian dan kemelayuan yang takkan terpadam dalam sejarah negara kita. Mitos atau kebenaran, ianya tetap sebahagian dari sejarah negara kita.

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada yang lain.