Penyanyi Rap Terkenal Akon Akui Rahsia Terbesar Kejayaannya Kini Adalah Islam

Penyanyi popular antarabangsa, Akon, kini berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Menerusi foto yang bertebaran di media sosial, penyanyi yang popular dengan lagu itu Lonely itu memberitahu media akan menunaikan umrah sebelum konsertnya di Damman, Arab Saudi.

Difahamkan Akon menunaikan umrah bersama-sama ahli keluarganya. Akon atau nama sebenarnya Aliaune Thiam, 46, akui rahsia terbesar kejayaannya kini kerana agama Islam.

“Sebab utama saya berjaya pada hari ini kerana Allah dan agama Islam,” katanya menerusi temubual media antarabangsa sebelum ini.

Pada bulan Mac tahun lalu juga, Akon pernah dilihat menunaikan umrah di Makkah. Sementara itu, Akon menerusi akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada peminat setianya selepas mengadakan konsert baru-baru ini.

“Saudi Arabia was crazy! Terima kasih kerana kecintaan anda sekali lagi,” tulis Akon. Akon dilahirkan dalam keluarga Islam di St. Louis, Amerika Syarikat pada 1973.

Sumber:gempak via majalah-harian.com