Penternak lembu jatuuh sungai ditemukan leemas

KUALA TERENGGANU – Penternak lembu ditemukan lemas di Sungai Jeram di Kampung Jeram Hilir di sini hari ini.

Mayaat Muhammad Aidil Che Ramli, 20, ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu kira-kira 15 meter di dasar sungai, pada pukul 4.37 petang.

Ketua BBP Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya dengan kekuatan 20 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 2.33 petang.

“Maayat maangsa dijumpai di lokasi terakhir dia dilaporkan hilang selepas hampir 30 minit pasukan PPDA melakukan selaman,” katanya kepada pemberita.

Maayat Muhammad Aidil kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, bapa maangsa, Che Ramli Mamat, 70, berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya selepas mangsa menunaikan solat Zuhur.

“Saya terkejut mengetahui anak bongsu saya lemas di sungai, tetapi saya redha dengan ketentuan Allah SWT,” katanya. -UTUSAN ONLINE