Penguin Berenang Merentas Laut Beribu Batu Setiap Tahun Demi Bertemu Semula Dengan Penyelamatnya

Seekor penguin ditemui dalam keadaan nyaawa-nyawaa ikan oleh seorang lelaki pada tahun 2011. Lelaki yang dikenali sebagai Joao Pereira de Souza, berusia 70an itu menemui penguin Magellanic Amerika Selatan berkenaan dalam keadaan diselaputi minyak dan hampir maati di atas batu di pantai berhampiran Rio de Janeiro, Brazil.

Joao Pereira de Souza merupakan bekas penyusun bata dan nelayan separuh masa dan tinggal di sebuah pulau di luar ibu kota ini.

Selepas menemui penguin tersebut, Joao yang kasihan melihatnya pun mengambil keputusan untuk menjaga dan merawat penguin berkenaan hingga sembuh.

Namun selepas beberapa minggu menjaganya hingga sembuh, Joao pun cuba melepaskannya kembali ke habitat namun penguin berkenaan tdak mahu meninggalkannya.

Akhirnya, penguin itu yang diberi nama Dindim pun tinggal bersamanya selama 11 bulan sebelum kembali semula ke laut.

Namun kemudian, sesuatu yang menakjubkan berlaku apabila penguan tersebut kembali semula menemui Joao di rumahnya. dan dikatakan setiap tahun dia akan berenang sejauh beribu-ribu batu demi bertemu dengan penyelamatnya.

Dindim akan tinggal bersamanya sebelum pulang semula ke perairan Argentina dan Chile semasa tiba musim mengaawan.

Dalam temubual bersama Global TV, Joao berkata:

“Saya sayangkannya seperti anak sendiri dan saya percaya dia juga sayangkan saya”

“Tiada seorang pun yang boleh menyentuh Dindim, dia memaatuknya jika ada orang lain yang mahu berbuat demikian. Dia akan baring di atas paha saya, membenarkan saya memandikannya, membenarkan saya memberinya makan sardin dan hanya saya yang boleh mengangkatnya.”

VIDEO:

Dindim biasanya akan pulang ke tempat Joao pada setiap bulan Jun setiap tahun sebelum meniinggalkannya pada bulan Februari.