Penghuni Rumah Terkeejut Biaawak Besar 60kg Dan Bersaiz 2.7 Meter Muncul Di Hadapan Pintu

Penghuni rumah di Taman Permint dekat Seberang Takir, Kuala Nerus terperanjat besar dengan kemunculan seekor biawak bersaiz 2.7 meter dan berat kira-kira 60kg.

Ronzi Abdullah memberitahu biawak tersebut ditemui oleh anak perempuannya, Mia Halimaton Zulaiha ketika sedang memanaskan enjin kereta sebelum turun kerja.

“Pada waktu itu anak (Mia Halimaton Zulaiha) berseorangan di rumah dan ingin ke tempat kerja. Dia mengunci pintu dan panaskan enjin kereta. Sambil tunggu enjin (kereta) panas, dia keluar buang sampaah di hadapan rumah, sebelum terlihat biawaak tersebut di hadapan pintu.

“Terkeejut melihat biawaak yang sangat besar, anak saya pun segera tutup pintu jeriji bagi mengelakkan haiwan tersebut terlepas dan menghubungi saya yang ketika itu berada di tempat kerja. Besar kemungkinan biawak berkenaan terlebih dahulu bersembunyi di bawah keretanya,” ujarnya.

Jiran mereka, Nurul Diana Ariffin, 38 yang menyedari kejaadian tersebut terus membuat panggilan ke pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan, kemunculan biawaak bersaiz besar itu merupakan kali kedua di kawasan perumahan mereka selepas kira-kira tiga bulan lepas, biawak yang bersaiz besar ditemui di rumah jiran.

Pegawai Pasukan Bahagian Operasi Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Lt. M (PA) Edie Azhar Ramli berkata pihaknya menerima panggilan pada 10 pagi tadi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Pasukan ATM yang seramai 5 orang mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap biawaak tersebut yang betindak agresif.

“Biawak bersaiz begini sangat berbahaya kerana ia mampu memakan atau menceederakan bayi dan libasan ekornya juga boleh menceederakan kanak-kanak. Apabila biawak itu bergelut, anggota kami terpaksa mengambil masa menenangkannya kerana ia sangat berat,”

Biawak tersebut akan dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh dari penempatan manusia.

VIDEO:

Kemunculan biawak itu kemungkinan besar disebabkan air longkang yang bertakung akibat hujan pada musim tengkujuh ini, membolehkan reptilia itu menyusur daripada habitatnya di kawasan berhampiran dengan air seperti sungai, kolam dan paya.

Kredit: Bernama, Eddie Ramli Channel