Penggoda Ulama’ Yang Bertaubat

Penggoda Ulama’ Yang Bertaubat Kerana Dapat Hidayah | Seorang wanita muda dan cantik dijanjikan wang sebanyak seribu dirham jika dia mampu menggoda seorang ulama’ Kufah yang zuhud bernama Rabi’ bin Khuthaim.

Wanita itu menerima tawaran tersebut lalu berhias secantiknya. Dia memakai pakaian terbaiknya dan mengenakan minyak wangi paling harum.

Apabila ulama’ itu keluar ke masjid, wanita itu menghalangnya di tengah jalan lalu membuka tudungnya dan mempamerkan kecantikannya.

Ulama’ tersebut memandang wajah wanita itu dan beliau sangat terkejut. Beliau mendekati wanita itu lalu berkata:

“Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku jika tubuh yang cantik ini ditimpa penyakit sehingga merosakkan warna dan kecantikannya!”

“Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku apabila Malaikat Maut memutuskan urat jantungmu?”

“Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku jika Munkar dan Nakir mengajukan soalan tetapi engkau tidak mampu menjawabnya?”

Wanita itu terus menjerit dan jatuh pengsan. Apabila tersedar, dia bertaubat dan terus menjadi seorang yang sangat rajin beribadah. Pada hari kematiannya, tubuhnya telah kurus kering kerana terlalu banyak melakukan puasa dan solat malam.

Follow Page Apa Cerita Press

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT