“Pengantin PKPB” Kerana Tugas, Pengantin Baru Terpksa Berjauhan Semula Lepas Sehari Bernikah
Baru sahaja bernikah
Jadi, menerusi satu perkongsian tular di aplikasi Tik Tok, seorang wanita telah memuat naik video bersama suaminya yang baru sahaja bernikah namun terpaksa berpisah disebabkan kekangan PKPB dan juga tugas .
@tuansaysue Bila nak habis covid ni😭 datang pahang sehari je sebab nikah , lepas photoshoot terus balik Klang 😢😢 #fyp #tiktokmalaysia
Lepas sesi bergambar terus balik Klang semula
Dalam muat naik yang Tik Tok di akaun tuansaysue, dia memaklumkan bahawa suaminya hanya datang ke Pahang untuk bernikah dan menghadiri sesi wedding photoshot sebelum pulang semula ke Klang.
Ramai terkesan sebab pandemiik
Posting tersebut juga telah mendapat lebih dari sejuta tontonan di Tik Tok dan rata-rata warganet menzahirkan rasa kasihan melihat pengantin baru itu terpaksa berjauhan semula.
Mereka juga mendoakan agar pandemik Coviid-19 segera berakhir dan pasangan yang terpisah atau terpaksa menunda majlis perkahwinan dapat menyelesaikan urusan masing-masing.
Ramai alami nasib sama
Pasangan PJJ boleh minta pelepasan
Nanti habis PKPB dapat la jumpa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita
Sumber: tuansaysue