Penat Pertahankan Rumah Tangga, Wanita Pasraah Suami ‘Tergilaakan’ Ex-Girlfriend

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah jalan. Walaupun telah bahagia mendirikan rumah tangga, tapi hakikatnya tiada siapa boleh mengawal soal perasaan dan hati jika ada yang mahu bahagia dengan orang lain.

Terpaksa akur bila suami ‘tergilaakan’ bekas teman wanita..
Bagaikan tidak dipercayai, namun itulah pengalaman paahit yang ditelan oleh seorang wanita ini. Ketika bergelar isteri, pengguna TikTok @shurosehadaphine akui sangat cemburuu apabila mengetahui suaminya berhubung dengan wanita lain. Paling menghampakan adalah individu yang dimaksudkan itu merupakan bekas teman wanitanya sendiri.

Buatlah apa yang awak nak. Saya tak akan halang & kongkong awak lagi..
Meskipun bukan mudah untuk buang segala kenangan bersama lelaki berkenaan, namun dia harus cekal menghadapi hal tersebut demi anak kecilnya. Dalam pada itu, ibu muda ini mengakui tidak menyimpan rasa sebaliknya mendoakan kebahagiaan buat lelaki itu bersama perempuan terbabit.

Semoga tabah, kadang kenangan bertahun-tahun boleh musnah sesaat saja sebabkan orang ketiga
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan lelaki terbabit. Di samping bersimpati dengan nasibnya, mereka turut mendoakan agar wanita ini tabah demi membesarkan cahaya matanya. Tidak terkecuali juga yang berkongsi pengalaman sama ditinggalkan insan tersayang.