Penat masak tapi lauk dibuaang mentua, wanita terasa haati tak dihargai

Sebumbung dengan mentua boleh menjadi hal yang sangat menakuutkan khususnya buat menantu perempuan.

Mungkin sebab itu juga segelintir suami akan membawa isteri untuk tinggal dalam rumah sendiri walaupun kecil.

Bagi yang bernasib baik, ia bukanlah satu masalah besar namun hakikatnya, begitu ramai wanita mendeerita ditambah pula dengan kewujudan ipar duai yang tidak sebuulu.

Bukan lagi sebuah kisah peelik, malahan penderitaan sama juga dirasai oleh seorang wanita ini.

Sudah menjadi takdirnya tinggal bersama mentua, dia menjadi ‘makan hati’ apabila kepenatannya memasak untuk santapan keluarga akhirnya bertukar sia-sia.

Selesai mengambil air sembahyang, dia hairan kerana periuk yang tadinya berisi lauk sayur sudah pun kosong.

Rupa-rupanya makanan tersebut sudah dibuang ke belakang rumah malah mentuanya menyuruh si anak perempuan yang ketika itu baru pulang untuk memasak hidangan lain.

Andai enggan menjamah meskipun sikit, Nana berharap lauk tersebut dibiarkan di situ, sekurang-kurangnya ia akan dimakan oleh tuan badan sendiri bagi mengelakkan pembaziran

Netizen nyatanya sangat memahami dilema yang dirasai wanita ini.

Ada juga yang merasa bahagia apabila duduk serumah dengan mentua. Soal makanan pula, mereka tidak kisah untuk memasak secara berasingan mengikut citarasa masing-masing.