Pemeergian Kedua Ibu Bapanya Secara Tiba-tiba Membuatkan Dia Hilang Arah,Selepas 6 Bulan Remaja Bernama Chu Kok Yoong Memilih Islam Bagi Mengisi Kekosongan Di Hatinya.Alhamdulillah Ada Hikmah Di Sebalik Yang Berlaku,Baca Kisahnya.

Hidayah itu milik semua orang, pemergian ibu bapa secara tiba-tiba telah membuat Mohd Haikal Chu hilang arah dan membuka jalan mendekatkan diri dengan Islam.

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Haikal atau nama asalnya, Chu Kok Yoong yang berasal dari Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan berkata dia berdikari selama enam bulan sehinggalah seorang kawan mengajaknya tinggal bersama di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Sabak Bernam.

“Hampir enam bulan saya hilang arah hidup apabila ibu dan ayah meniinggal dunia akibat kemalaangan jalan raya pada Mac lalu.

“Pada mulanya, saya sukar menerima hakikat mereka pergi dalam sekelip mata. Bagaimanapun, Allah memudahkan perjalanan hidup apabila saya tinggal bersama rakan di sini (Sabak Bernam) dan kemudian diambil sebagai anak angkat,” katanya.

Sejak itu dia berazam untuk mendalami agama Islam bagi mengisi kekosongan di hati selain mengubati kerinduan terhadap kedua ibu bapanya.

Katanya, selepas mengambil keputusan memeluk Islam bulan lalu, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi pendakwah seperti Ustaz Ebit Lew.

Mohd Haikal yang juga anak tunggal berkata, dia bersyukur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail prihatin dengan nasib dialami dan memasukkannya ke maahad itu.

Jelasnya, sebelum ini dia tidak bersekolah kerana membantu ayah dan ibu mengutip besi buruk. Apabila diberikan peluang ini, dia akan berusaha melakukan yang terbaik demi masa depan.

Dalam pada itu, Rizam menerusi status di Facebook miliknya berkata, beliau telah mendaftarkan Mohd Haikal di maahad itu.

“Sama-sama kita doakan semoga adik Mohd Haikal agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama,” katanya.

SUMBER: Harian Metro/Rizam Ismail via kongsisibomonicko