“Apa Yang Buat Dia Bahagia?”

“Apa Yang Buat Dia Bahagia?” – Pelukan Pengemis OKU Dengan Anak Buat Nitizen Sebak | Viral di media sosial gambar seorang lelaki OKU bersama anak lelakinya membuatkan netizen tersentuh melihat anak beranak itu mengemis di jejantas.

Beberapa laman Facebook mendakwa dua beranak itu ditemui di kawasan KLCC dan ada pula dakwaan mengatakan mereka berada di Pudu. Tetapi segala dakwaan itu adalah tidak tepat.

Difahamkan, gambar-gambar itu dimuat naik oleh laman Facebook Mackhipelago pada September lalu yang menunjukkan si bapa memanjakan anaknya di jejantas yang penuh sesak dengan manusia. Si bapa dan anak menunggu pejalan kaki yang bersimpati dan memberikan wang kepada mereka.

“Apa yang membuatkan anda bahagia? “Pada petang Khamis, saya keluar dan turun di Stesen BTS Onut untuk membeli barang dapur. Saya ternampak lelaki OKU ini dengan anak lelakinya duduk di lantai jejantas menunggu sumbangan dari orang lalu lalang.

“Saya nampak mereka sangat bahagia bersama. Mereka memandang sesama diri dengan pandangan kasih sayang tanpa mengira situasi yang mereka sedang hadapi.

“Ini satu adegan yang indah, yang menghapuskan segala pemikiran negatif di minda saya pada hari itu. “Saya belajar bahawa kebahagiaan bukan hanya perasaan,

Ia juga keputusan yang anda buat untuk diri sendiri dan untuk orang yang anda sayangi. Kita tidak sepatutnya membiarkan keadaan semasa menentukannya, pilihan untuk menyayangi dan bahagia.

“Tag dan peluk ayah anda! Saya ingatkan perkara seperti ini hanya berlaku dalam iklan Thailand sehingga saya melihatnya dengan mata saya sendiri. Tidak hairanlah negara ini dikenali sebagai Land of Smiles,” katanya.

Sementara itu, netizen di media sosial juga memberikan reaksi mereka pada gambar tersebut. “Kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang…” – kata Rhin Mho.

“Saya nak peluk ayah saya macam tu. Kalaulah dia masih ada bersama kami. Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada. Kehidupan ini sukar dijangka, hargailah saat anda bersama mereka.” kata DH CR. “Tiba-tiba saya rindukan ayah saya!” -kata Vy Dijamco.

“Bila melihat gambar ini, saya teringat pada anak perempuan saya kerana beginilah anak perempuan saya memeluk saya dan senyum,” kata Jay Bolo.

“Saya benar-benar rindukan ayah. Jangan pernah lupa untuk memeluk dan katakan anda sayang kepada ibu dan ayah anda,” kata Abegail Robrigado Casirayan.

Hargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah
Ayah seboleh-bolehnya tidak mahu melukakan hati dan perasaan anak-anak, dia sentiasa mendoakan yang terbaik kepada anak-anak.

Ayah ingin melihat anak-anaknya membesar tanpa kesulitan dan kesusahan hidup. Dia ingin melihat kita membesar dengan penuh kegembiraan.

Ingatlah wahai kawan-kawanku, janganlah mengambil hati jika ayah menegur atau meninggikan suara. Niat mereka adalah untuk mendidik kita supaya menjadi manusia yang berguna.

Teguran daripada seorang ayah adalah lambang kasih sayang ayah terhadap anaknya. Justeru, janganlah kita salah faham terhadap teguran itu, kerana teguran itulah kita berjaya dan menjadi seorang insan yang berguna.

Kita seharusnya bersyukur dan menghargai tegurannya, kerana kita tahu dia menegur dan memarahi kita semua kerana kasih sayangnya kepada kita, cuma caranya sahaja yang mungkin kasar kerana tidak mahu terlalu memanjakan anak.

Walhal, janganlah kita mentafsirkan bahawa ayah tidak menyayangi kita. Jangan sesekali menggores perasaannya, bersyukurlah kerana anda masih mempunyai ayah yang menyayangimu.

Hidup tanpa seorang ayah amat menyukarkan, ayah tempat kita bergantung dan tempat kita mengadu. Terasa tidak sempurna hidup tanpa ayah.

Pengalaman saya sendiri yang sedari kecil membesar tanpa ayah sangat menyeksakan. Terutamanya semasa pihak sekolah mengadakan program yang melibatkan ibubapa.

Disitulah datangnya perasaan sedih yang teramat sangat didalam diri. Disini kita akan merasakan betapa kita memerlukan ayah. Perasaan sedih, pilu, kecewa, duka, lara, iri hati semuanya muncul.

Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya hidup tanpa ayah lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan berpelukan dengan ayah masing-masing.

Di samping itu, kita akan merasa iri hati apabila melihat para ayah mengambil anak-anaknya dari sekolah, terasa diri lemah apabila merindukan ayah.

Dalam hati berkata-kata, “Ya Allah, kalaulah aku dapat merasai kasih sayang ayah, dapat merasai ayah menjemputku dari sekolah. Gembiranya hati ini seandainya dapat hidup seperti kawan-kawan yang lain dan mempunyai ayah”.

Begitulah bisikan hati dan kita juga akan bertanya seperti nasyid nyanyian kumpulan aiman yang berbunyi “wahai abangku, kemana ayah, ku sayang ayah, ku cinta ayah”.

Tetapi apakan daya, itu semua tidak mungkin akan terjadi. Walaubagaimanapun, kita seharusnya bersyukur kerana Allah lebih sayangkan ayah. Ingatlah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah, hargailah dan sayangilah mereka. Ayah ibarat tunjang kehidupan yang mampu membimbing kita ke arah menjadi insan yang berguna.

Ayah hanya menginginkan kita menjadi insan yang terbaik dan lebih baik daripadanya yang mampu memperjuangkan agama islam.

Sumber : the reporter

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT