Pelaut Menemui Ikan Jerung Berkepala Baabi Buatkan Mereka Ceemas Dan Geerun

Para pelaut menemui seekor ikan aneh yang ditemui di permukaan air yang membuatkan mereka berasa gerun selepas melihatnya di depan mata.

Ikan itu amat pelik kerana mempunyai badan seperti ikan jerung tetapi kepalanya pula seperti baabi.Pelaut Menemui Ikan Jerung Berkepala Baabi Buatkan Mereka Cemas Dan Gerun – nangtime.com

Sebaik sahaja mereka mengeluarkannya dari air, mereka terus perasan akan wajah ikan itu yang dilihat sangat menyerupai baabi.

Walaubagaimanapun, kemudiannya diketahui keadaan ikan itu bukanlah disebabkan mutasi tetapi spesis ikan seperti itu memang wujud dan ianya dikenali sebagai Angular roughshark (Oxynotus centrina), dan merupakan salah satu spesis yang terancam dengan kepupusan pada masa sekarang.

Sebaik sahaja foto-foto berkenaan ikan ini dimuatnaik di media sosial, rata-rata netizen tersilap sangka dengan menuduh mereka menangkap dan membunuh ikan itu dengan sengaja.

Sebenarnya, ikan Angular roughshark tu sudahpun tidak bernyawa ketika ditemui mereka berdekatan pulau Elba, Livorno, Itali. Ikan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Pelabuhan untuk dikaji dan bangkainya diuruskan.

Ikan Angular roughshark ini sangat jarang ditemui dan berada dalam senarai merah oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) sebagai spesis yang terancam.

Spesis ikan ini biasanya hidup di bawah dasar laut sedalam 2,300 kaki dari permukaan laut.

Seorang lelaki pakar yang dikenali sebagai Yuri Tiberto dari Elba Aquarium berkata ikan itu biasanya digelar ikan baabi kerana ketika ianya keluar dari permukaan air, ia akan mengeluarkan bunyi seakan dengusan baabi.

Tambahnya lagi, meskipun ikan itu dalam kategori ‘rare’, tetapi ikan itu kadang-kadang boleh ditemui di laut kepulauan Tuscan.

Ikan Angular roughshark biasanya hidup di Lautan Atlantik Timur dan Laut Mediterranean.

Kredit: Mirror