PELAKON VETERAN ABU BAKAR OMAR PULANG KE RAHMATULLAH, JASA-JASA ARWaAH DIKENANG KEMBALI

PELAKON veteran Abu Bakar Omar disahkan meniinggaal dunia pada pukul 9.04 pagi, Jumaat di Kedah Medical Central selepas didapati mempunyai masalah jantung.

Menurut anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar, bapanya tidak mempunyai sebarang penyaakit kroonik namun Allahyaarhaam ada mengadu kepenatan pada dua hari lalu.

“Bapa saya sudah kembali ke rahmatullah pada 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Central. Dia tidak mempunyai sebarang penyaakit. Dua hari lalu, dia mengadu macam penat sikit-sikit tapi masih okay.

“Malam tadi masa pergi ke hospital pun boleh bersembang lagi. Tapi masa jalani pemeriksaan doktor malam tadi, doktor nampak macam ada masalah jantung,” kata Zainuddin ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah mengesahkan Abu Bakar Omar meniinggaal dunia pada pagi Jumaat.Allahyaarhaam meniinggaal dunia pada usia 73 tahun.

Berita mendukacitakan itu dimaklumkan oleh pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menerusi laman Instagramnya.

“Hari yang barakah Jumaat bulan yang mulia. Takziah buat keluarga Allahyaarhaam. Al fatihah,” tulisnya.

Allahyaarhaam Abu Bakar dilahirkan pada 25 April 1948 dan pernah membintangi beberapa filem antaranya Duyung, Cinta Kolesterol dan Fenomena.

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2012 dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama Radio Anugerah Sri Angkasa pada 1990.

Kredit:Mstar/Gempak