Pekerja Tapak Pembinaan Di Kampung Gong Nangka Terkeejut Menemui Dua Ekoor Ulaar Sawa Bersaiz Besar

Orang ramai dikejutkan dengan penemuaan dua ekor ular sawa bersaiz besar di sebuah tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka, Marang.

Ulaar pertama seberat 250 kilogram sepanjang 5.79 meter ditemukan pada jam 1.55 tengah hari, manakala ulaar kedua seberat 100kg pula ditemukan berhampiran lokasi sama pada 3.15 petang.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terpaksa menggunakan jentolak untuk memindahkan kedua-dua ulaar sawa berkenaan.

Menurut Pegawai APM Daerah Marang Leftenan (PA) Mujahid Abd Wahab, kedua-dua ekor ular sawa berkenaan. ditemui oleh salah seorang pekerja ketika sedang menggali tanah menggunakan jentolak di kawasan tersebut.

“Kita mengambil masa 25 minit untuk menangkap dan memindahkannya ke dalam lori APM menggunakan jentolak dengan bantuan orang awam.

“Kita sekali lagi menerima panggilan daripada individu sama pada 3.23 petang memaklumkan menemui seekor lagi ulaar sawa batik di kawasan sama.

“Reptilia kedua yang ditangkap ini lebih kecil berbanding ular yang pertama dan kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular seberat 100 kilogram dengan panjang 4.27 meter itu,”

Perkembangan terbaru, difahamkan kedua-dua ekor ulaar sawa tersebut tidak akan dipindahkan ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman sebaliknya akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu dalam tempoh terdekat.

“Sama ada ia diserahkan ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman atau dilepaskan ke habitat asal semuanya akan diputuskan Perhilitan,” ujar Pegawai APM Daerah Marang Leftenan (PA) Mujahid Abd Wahab.

Di media sosial, rata-rata netizen bersimpati dengan kedua-dua ular tersebut yang terpaksa dipindahkan, namun memahami bahawa faktor keselamatan adalah yang lebih penting.

Kredit: APM Malaysia, Harian Metro