Pekerja Alam Flora Memulangkan D0mpet Milik Rakyat Mexico Dan Selepas Itu Ini Yang Terjadi kepadanya.

SHAH ALAM – Pekerja pembersihan Alam Fl0ra Sdn Bhd, S Tamaraju, 48, yang memulangkan dompet m1lik seorang warga Mexico sebelum ini mendapat pengiktirafan daripada maj1kannya.

Menerusi satu majlis ringkas yang berlangsung di sebuah hotel semalam, Alam Flora menganugerahkan sij1l pengh4rgaan dan had1ah saguhati kepada Tamaraju atau lebih mesra dipanggil Raju.

Penyerahan tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan yang turut turun p4dang bagi memberikan sendiri penghargaan tersebut.

Lebih manis, warga Mexico berkenaan, Roberto Calleja juga menyampaikan had1ah kepada Raju di atas tindakan mulianya itu.

Pada 10 Mei lalu, Raju memulangkan dompet Roberto selepas menemuinya terc1cir di jambatan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Mohd Zain (tengah) menyerahkan saguhati dan sijil penghargaan kepada Raju (empat, kanan) ketika majlis ringkas yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Mohd Zain (tengah) menyerahkan saguhati dan sijil penghargaan kepada Raju (empat, kanan) ketika majlis ringkas yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Kemuliaan hati Raju itu turut dikongsi Roberto melalui laman Facebooknya selepas terharu dengan tindakan bapa kepada lima anak itu yang berusaha menjejakinya bagi memulangkan dompet tersebut.

Roberto dalam Facebooknya menceritakan kejaadian kehiilangan dompetnya sebelum dihubungi Raju yang mahu memulangkan dompetnya.

“Saya hilang dompet saya semalam. Hari ini saya dapat siapkan urusan dokumentasi selepas laporan polis dibuat.

“Yang menariknya, ada seorang lelaki budiman menghubungi saya maklumkan yang dompet saya ada bersamanya,” tulisnya.

Roberto kagum tiada dokumen atau wang tunai disentuh, dompetnya dikembalikan dalam keadaan asal.

“Semua kad dan duit masih ada dalam dompet saya. Dia (Raju) tidak mahu menerima walau satu sen duit daripada saya yang ditolongnya.

“Orang sepertinya sangat diperlukan dalam dunia ini. Keputusan kami untuk menetap di Malaysia adalah tepat,” luahnya.

Raju yang bekerja dengan Alam Flora sejak 24 tahun lalu berkata, dia tidak mengambil wang diberikan Roberto kerana tujuan memulangkan dompet yang ditemui dilakukan secara ikhlas.

“Saya tak mengharapkan balasan, saya bantu ikhlas. Saya harap kebaikan yang saya lakukan menjadi contoh kepada anak-anak saya untuk melakukan perkara sama.

“Sebelum ini saya pernah jumpa dompet seorang lelaki Melayu yang tercicir dan saya kembalikan kepada pemiliknya,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil masa selama dua hari untuk menjejaki Roberto dengan bantuan seorang rakan bernama Nizar yang baru dikenalinya beberapa hari sebelum kejadian itu.