“Patut Pun Shuib Kaya” – Beri Sedekah Pada Budak Jual Kerepek, Shuib Dipuji Netizen

Sebut sahaja nama Shuib, pasti ramai yang kenal dengan pelawak yang juga merupakan usahawan berjaya ni.

Shuib juga dikenali sebab sikpanya yang tidak pernah kedeekut untuk mengeluarkan duit membantu mereka yang memerlukan.

Beri sedeekah pada budak jual kerepek senyap-senyap
Terbaru, tular satu video dimuat naik malaysianupdatenews memaparkan Shuib yang sedang menjamu selera bersama pembantu peribadinya di sebuah gerai makan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang kanak-kanak yang sedang menjual kerepek menghampiri Shuib ketika dia sedang makan.

Simpati dengan keadaan kanak-kanak yang masih kecil itu, Shuib terus menghulurkan sejumlah wang kepada kanak-kanak tersebut sebagai tanda sedekah.

Sebab itu rezeki Shuib murah
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Shuib yang tidak pernah menunjuk-nunjuk dalam bersedekah.

Kredit: TikTok malaysianupdatenews