Pak Yus, 30 November 2015 (Isnin). Abam, 10 Febuari 2020 (Isnin). Siti Sarah, 9 Ogos 2021 (Isnin). Dari 3 Manusia Berbeza ini, Ada Satu Pengajaran Yang Sama

Disaat arw ah Pak Yus meninggaal, saya ingat lagi. Astro ulang berapa kali dalam sehari bacaan Al Fatihah untuk ar wah. Masa tu arwah masuk Raja Parodi. Lepas arwah meninggaal, minggu tu rancangan tu ditangguh sementara semata-mata nak buat tribute untuk arwaah.

Berminggu-minggu orang cerita kebaikan dia. Akhirnya pecah rahsia amalan arwaah yang suka bersedekah. Ada pusat anak yatim di Kedah terima wang belanja setiap bulan dari arwaah Pak Yus. Saya ingat lagi ayat pengetua tempat tu, “Lepas ni takda lagi lah nak bagi kami bantuan tiap bulan”.

Kemudian tahun lepas, Abam. Fad dan Achey setiap kali bercakap pasal arwaah mesti menangiis. Begitulah juga pun ceritanya. Yang baik-baik belaka. Terutama bab suka tolong orang. Paling kita ingat kisah arwaah Abam jaga mak dia. Setia sungguh. Baik sungguh. Lembut sungguh. Sampai mak dia kata, “Siapa lah nak jaga makcik kalau Abam takda”.

Semalam pula Siti Sarah. Satu Malaysia. Dari Dato’ Seri Najib, Anwar Ibrahim, Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustazah Asma Harun, Ustazah Noor Bahyah. Setiap golongan. Segenap lapisan. Semua doakan arwaah. Sampai menangiis kita walau tak pernah jumpa dia.

Tuan Nadir kongsikan kisah arwaah bagi korban berbelas ribu untuk Gaza. Masa jenaazah arwaah sedang diuruskan, team BeePrihatin post di ig. Orangnya dah takda tapi sedekahnya sedang berjalan. Dalam live di tanah perkuuburan saya nampak ada orang komen. Dia ingat lagi masa Siti Sarah dan Shuib bagi bantuan banjir di Pahang.

1. Tak kira kita di posisi apa pun, Allah tahu nilai kita. Kita artis. Kita pemimpin. Atau kita bukan siapa-siapa. Bila saja Allah kata Dia akan angkat nama kita, Dia akan buat. Walau dari tempat yang serendah mana. Sebab Allah saja yang kenal diri kita sebenar apa.

2. Sebab itu jangan ada sangkaan pada sesiapa. Kita tak tahu apa pengakhiran setiap manusia. Juga kita tak tahu apa amalan rahsia dia yang Allah terima. Dan kita tak tahu dari bab mana tentang dia yang Allah redha. Anggap semua manusia baik. Yang tak baik hanya kita.

3. Sentiasa senangkan hati semua orang. Jangan buat orang susah hati sebab sikap kita. Apatah lagi kita nak susah hati dengan sikap orang pada kita. Orang yang penyayang sentiasa hatinya lapang. Dia cuma pandai suka. Tanpa ada prasangka.

4. Mereka semua orang susah masa kecik. Yus anak yatim. Abam dah takda ayah dan maknya pula sakit. Siti Sarah pernah cerita kena tolak gerai pukul 5 pagi sebelum pergi sekolah. Hidup ni macam roda. Allah boleh bagi sangat susah. Dan tiba-tiba boleh bagi sangat mewah.

5. Saat diuji dengan kesusahan mereka bersabar. Kemudian diuji pula dengan kekayaan tapi tak lupa diri. Apa Allah bagi, mereka bagi balik. Biasanya ujian susah ni orang boleh sabar. Tapi ujian senang ni selalu buat kita lupa untuk bersyukur. Buat kita rasa tak cukup. Takut nak bagi pada orang.