Padaah Terlampau Tegas Dalam Mendidik, Lama-Lama Anak Tawar Hati Dengan Mak Ayah

Tidak dinafikan, bukan mudah menjadi ibu bapa yang terbaik semasa mendidik anak terutamanya dalam dunia serba moden ini. Meskipun impian utamanya untuk melihat hasil kejayaan, hakikatnya perlu diketahui cara yang betul agar tidak menggunakan emoosi tatkala mengajar mereka.

Memang guna cara tegas dalam mendidik…anak tunjuk protes, tidur luar lepas ayah suruh keluar
Menerusi perkongsian di Facebook, Mohd Fhais mengakui dirinya sangat tegas dalam mendidik anak terutamanya jika melibatkan hal yang berkaitan dengan pelajaran. Namun kesan negatif mula disedari selepas si cilik itu menunjukkan tanda protes gara-gara dimaraahi ketika gagaal membaca. Seolah-olah sudah terbiasa, lantas kanak-kanak berkenaan bertindak tidur di luar rumah apabila diarahkan oleh bapanya.

Ibu bapa perlu kawal emosi semasa mengajar…kalau terlampau keras, lama-lama anak akan tawar hati
Dek kerana enggan membiarkan perkara itu berterusan, Mohd Fhais terus merendahkan egonya sebagai seorang ayah. Namun suasana tegang itu bertukar sebaak apabila Rania menaangis selepas dikuucup oleh lelaki berkenaan. Susulan itu, menegaskan ibu bapa perlu mengawal emosi masing-masing terutamanya ketika mengajar anak. Lebih merisaukan sekiranya didikan secara ‘keraas’ tersebut akan membuatkan mereka menjadi degil dan lama-kelamaan tawar hati dengan ibu bapa.

Sumber: Facebook Mohd Fhais