”okey.. kawe okey.. setakat ni demo tak rajin lagi malukan kawang” .. – Eman Manan Lngsung Tak Tanya Watak Apa, Trus Cakap Okey Jer

Sudah lebih seminggu berlalu drama 16 episod Pok Ya Cong Codei:Membuuru Siti yang disiarkan di Astro Ria yang mencetus fenomena sehingga meraih pujian menggunung penonton.

Pastinya selain watak Sabri Yunus yang membawakan watak sebagai Pok Ya, watak Muda Primula lakonan Eman Manan antara yang menjadi bualan.

Berkongsi di Facebook, Sabri Yunus yang juga pengarah drama tersebut berkongsi kisah di sebalik tabir yang sangat menarik untuk dikongsikan.

Kenapa Muda Perimula? Kenapa Eman Manan?

” Sebetulnya masa siap sinopsis Pok Ya Cong Codei Memburu Siti(PYCCMS), tidak wujud lagi watak Muda Perimula.

” Sehingga lulus pitching dengan pehak setesen penyiar masih belum wujud..Selepas lulus pitching baru saya merangka rangka jalan cerita.. dah siap jalan ceritanya, Muda Perimula belum wujud..

” Lepas tu sampailah masa nak bagi nama pelakon bagi watak watak baru dalam siri baru ini..

” Beberapa nama saya senaraikan utk watak JJ..

” Namun pihak Stesen kata bagilah nama pelakon popular yang sedang diminati atau diikuti lakonannya.. Saya selalunya jadi msaIah dengan isu ini.. Lalu saya cadangkan nama Eman Manan… Alhamdulillah stesen setuju.

” Kemudiannya saya pulak jadi msalah.. Tak kan Eman nak bawak watak JJ.. watak muda dan berebut gadis dengan Halim.. tak mungkin..

Nasib baik Eman Manan tak tanya watak apa

” Eman dah pun saya hubungi.. ini penting , nak blok awal awal.. nasib baik masa hubungi tu Eman tak tanya watak apa?.. masih ingat lagi dialog pertama kami dalam talian..

” Saya….”Man.. kawe nak ajak demo dalam Pok Ya bersiri kali ni?.. ada so watak untuk demo .,”

” Eman…..”okey.. kawe okey.. setakat ni demo tak rajin lagi malukan kawang” .. ya sebelum ini Parut Asyikin dan Satu Kampung Dua Orang..

” Itulah bermula.. kemudian shooting PYCCMS bertangguh lama akibat C0vlD-I9.. saya shoot drama lain dulu.. Dalam pada shooting yang lain saya mula pikir watak apa untuk Eman dan siapa nak pegang JJ..

” Beberapa nama baru kami senaraikan untuk watak JJ pada setesen.. kami memilih Farid Kamil.. ya antara sebabnya saya tak pernah kerja dengan dia dan dia juga ada kelonggaran jadualnya..

” Kemudian saya ambil masa juga nak letak watak yang sangat sesuai dengan Eman dan apatah lagi kata kata dalam talian ia itu “ setakat ini deme tak mmalukan kawang lagi”..

” Saya inginkan Eman main wataknya sendiri.. pasti lebih selesa..

” Saya ukur bila Pok Ya pun bawakkannya watak saya sendiri..6 watak orang yang saya gauli dengan 1 watak sendiri.. dan yang 1 itulah menguasai atau mengawali yang lainnya..

Watak Muda Primula seorang ‘gedeebe’ di Kuala Terengganu

” Saya mahu Eman bawa watak dia yang saya kenal itu..

” Saya kenal Eman lama.. nakalnya, bekengnya hampir saya cukup kenal..Dan saya teringat satu nama seorang yang dikenal tersohor Kuala Terengganu sekitar 80an..

” Saya kenal dia ni di cafe house Hotel Primula.. saya tak akan tulis namanya disini.. Eman sangat mengenali orang ini.. Gelak besar Eman..

” Maka saya pun letak nama Muda Primula.. macam Pok ya cong codei yang dapat nama dati nama hotel begitu juga utk Muda. Saya pikir watak ini adalah imbangan pada watak Pok Ya..

” Pok Ya yang veteran.. memasuki KL yang bukan dalam habitatnya..Dalam usaha utk pencen.. tapi demi maruah harus langgar tobatnya yang tak akan jejak pqgi KL.. seriknya amat..

” Muda pula , veteren yang dah 30 tahun di KL.. masih bersemangat atau “berangin” lagi dengan dunianya.. jadi watak ini penting utk dilihat beriting dengan perwaratakan Pok Ya..

” Saya tak boleh nak letak Muda Perimula jadi kaki turut Pok Ya macam Awang Jawa atau Nasir Badak di KL.. Muda tak boleh jadi watak begitu.

” Itu sebab kenapa watak Muda tak banyak keluar. Ada yang kami potong masa editing pun.. ini semata mata jaga watak Muda..

” Eman Manan adalah seorang pelakon yang cukup komited dalam kerjanya.. dia adalah pelakon yang baca dan hafal skrip sebelum ke set..tapi utk Pok Ya ni.. dia tak dapat buat tu.. Saya bagi dia treatment dan kata padanya dialog nanti tulis..

” Saya faham.. Eman kadang kadang tak boleh terima cara ni , bukan budaya kerjanya.. Namun dia ikut juga.. barangkali dia teringat kata katanya “ setakat ni deme tak mmalukang kawang lagi”..

” Saya memilih dialog utk watak ini.. saya mahu kemunculan yang tak banyak tapi impaknya harus besar.. apa lagi bila Eman yang menuturkannya..

” Saya sebagai pengarah , penulis dan kawan berbangga dengan Muda Primula.. terima kasih Eman Manan..” akhiri Sabri Yunus.

Sumber:Facebook Sabri Yunus dan olahan Muzik Jalanan.