“Nasi Sepinggan, Air Segelas,” – Gelagat Dua Beradik Ini Buat Ramai Hati Netizen Tersentuh

Hati saya begitu terusik dengan gambar yang dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram Kami. Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.

Satu pemandangan Indah, yang bukan direka-reka. Ianya lahir dari kasihnya seorang abang kepada adiknya. Murid ini, bukanlah murid yang pintar dalam akademik. Namun, nilai yang ditonjollan ini tiada tolok bandingnya.

Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yang kami lihat Hari ini. Semoga, ia memberi inspirasi kepada murid yang lain, bahkan kepada semua, termasuk anak-anak kita. Ameen.

Sumber:Facebook via majalah-harian.com