Nama Khabib Tiba-tiba Menjadi Sebutan Dunia, Suatu Yang Pasti Mengenai Khabib, Agama Dan Keluarga Adalah Perkara Terpenting Dalam Hidupnya

Suatu yang pasti mengenai Khabib, agama dan keluarga adalah perkara terpenting dalam hidupnya. Nama Khabib tiba-tiba menjadi sebutan dunia.

Pelbagai perkongsian mengenai dirinya dibuat oleh netizen. Sekiranya anda mengikuti perkembangan Khabib melalui media sosial. Satu sisi menarik mengenainya, beliau selalu memuat naik status berkaitan dengan agama Islam.

Dalam satu sdiang media selepas perlawanan, Khabib turut menjelaskan bahawa media dan orang ramai tidak boleh bercakap mengenai agama, keluarga dan negaranya. Kerana tiga perkara tersebut adalah perkara terpenting dalam hidupnya.

”Bagi saya, agama adalah perkara yang paling penting. Bukan sukan. Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan. ”Saya tidak mahu bertarung di sepanjang Ramadan. Saya mahu tumpukan kepada ibadah. Itu lebih penting,” kata Khabib sebelum ini.

Atas alasan itulah, Khabib yang ketika ini memegang satu rekod yang jarang-jarang dicipta oleh pertarung lain, pernah menolak pertarungan UFC 224 kerana menghormati Ramadan satu ketika dahulu. ‘Tarik dirinya’ itu tidak membuatkan beliau kelihatan lemah kerana dia sudah membuktikan kejaguhannya.

Khabib melalui kenyataannya telah meletakkan pengharapan yang begitu tinggi kepada Allah. Katanya, dengan bantuan Allah barulah manusia boleh menyelesaikan semua masalah.

Justeru katanya, manusia harus sentiasa menjaga hubungan dengan Tuhan, sekiranya terputus, manusia hilang segalanya.

Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Anda dah baca artikel ini? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber:majalah-harian