Naik meental bila anak kucing masuk dalam engin kereta. Sekali jiran suruh panggil abang kawasan.

Antara tempat yang paling disukai oleh kucing ialah enjin kereta terutama ketika musim sejuk atau hujan. Hal ini kerana di enjin biasanya mereka akan berasa lebih panas. Namun, keadaan begitu memang berb4haya kepada mereka kerana mereka boleh sahaja c3dera akibat terlalu panas.

Seorang netizen mengalami pengalaman yang sama apabila seekor anak kucing ditemui di dalam bahagian enjin keretanya. Mujur dia menyedari kehadiran anak kecil itu sebelum dia memulakan perjalanan. Masalah lain muncul apabila anak kucing itu tidak mahu keluar dari enjin. Dia malah terus bersembunyi kerana terlalu t4kut.

Jiran-jirannya kemudian ada yang datang membantu. Pelbagai cara yang dilakukan supaya anak kucing itu mahu keluar tetapi si comel itu tetap tidak mahu keluar.

Setelah gagal mengeluarkan anak kucing itu, salah seorang daripada jirannya mendapat idea untuk menggunakan khidmat kucing Oyen peliharaannya untuk memujuk anak kucing tersebut.

Si Oyen kemudian memanggil anak kucing tersebut. Tidak tahu lah apa yang diberitahu oleh Oyen kepada anak kucing itu tetapi apa yang pasti selepas beberapa kali dipanggil anak kucing mula tertarik untuk menjengah keluar.

Ketika itu, orang ramai mula bersedia untuk mengeluarkan anak kucing tersebut dan akhirnya dia berjaya juga dikeluarkan.

Nampaknya Oyen sekali lagi membuktikan dia adalah spesies yang berguna. Mereka mungkin n4kal tetapi mereka juga berfungsi dengan baik!