Nafas Anak Jadi Bising & Air Liur Meleleeh, Rupanya Dah Tertelaan Bateri Mainan

Kanak-kanak kecil tidak pernah lari daripada sikap aktif serta perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Semua itu adalah sebahagian daripada proses pembelajaran mereka sepanjang membesar. Namun jika ibu bapa terlepas pandang meskipun sesaat sekali pun, mereka berisikoo untuk tertelan benda-benda yang tidak sepatutnya.

Terkejuut tiba-tiba nafas anak jadi bising, air liur pun dah meleleeh. Rupanya tertelan bateri
Kejadian serupa turut dikongsikan semula oleh pakar perubatan bernama Dr Redza Zainol di mana seorang kanak-kanak telah tertelan bateri butang yang bersaiz kecil. Si ibu pada awalnya menyedari nafas anaknya tiba-tiba berubah menjadi bising manakala air liur pula tidak berhenti meleleh.

Banyak kejadian tertelan objek lain tapi magnet dan bateri paling berisikoo
Selain bateri kecil itu, ada beberapa lagi kejadian kanak-kanak tertelan objek seperti duit syiling, butang, serta cebisan alat permainan sehingga perlu dikejarkan ke bahagian kecemasan. Antara disifatkan paling berisiko adalah magnet dan juga bateri yang bertoksik serta berupaya merisikookan kesihatan.

Mak ayah kena alert, jangan biar objek-objek kecil bersepah atas lantai
Kedua-dua simptom seperti bunyi bising serta lelehan air liur itu pula menandakan saluran pernafasan sudah pun tersumbat. Selain itu, Dr Redza turut berkongsi beberapa tanda lain seperti batuk, tercekik, muntah serta kehilangan selera makan. Bagi mengelakkan kejadian berkenaan daripada berlaku, ibu bapa perlu memastikan tiada objek kecil tersebut di lantai rumah.

Sumber: Facebook Redza Zainol