Nadir Al-Nuri Dedah Apa Yang Sempat Siti Sarah Buat Sebelum Pergi Selamaanya

Allah.

Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin

Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.

Masa tu saya terke jut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

Rupanya Allah takdirkan, nyaawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.

Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat.

Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah.

Sumber : Nadir Al-Nuri