Nadi Terhenti & Muka Naik Biru, Ibu Cuuak Lepas Suap Kek Pada Bayi Dalam Kereta

Bayi 6 bulan secara umumnya sudah mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan sudah bersedia untuk menerima makanan pepejal selain bergantung sepenuhnya pada susu badan ibu. Namun perlulah berpada-pada dan bukan dalam kuantiti yang banyak kerana belum tahu tahap kesesuaian bayi terhadap makanan itu.

Suap anak 10 bulan kek.. ibu cuak nadi tiba-tiba terhenti & muka naik biru
Tular di Twitter, sebuah perkongsian daripada seorang wanita bernama Syira mengenai nasib seorang bayi berusia 10 bulan yang berdepan dengan bayangan ajaal. Difahamkan, ia susulan tindakan si ibu yang menyuapkan sepotong kek kepada bayinya ketika berada di dalam kereta. Keadaan bagaimanapun bertukar paniik apabila bayi berkenaan tiba-tiba tercekik. Lebih mengejutkan lagi apabila denyutan nadi si kecil tersebut turut terhenti selain wajah bertukar menjadi biru.

10 minit buat CPR, anak kembali bernyaawa.. tapi malangnya buta
Sejurus tiba di sebuah pusat perubatan, bayi berkenaan kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) bagi menyelamatkan nyawaanya. Bagaikan peluang kedua, bayi berkenaan sempat diselamatkan namun disahkan buta. Ia berikutan gejala Hypoxic, di mana kondisi sel dan jaringan tubuh kekurangan oksigen sehingga tidak dapat berfungsi dengan normal sekali gus mengganggu fungsi otak dan saraf pada mata.

Ambil pengajaran, elakkan suap kek pada bayi berumur kurang daripada setahun
Dalam pada itu, Syira meminta agar orang ramai tidak menyelar tindak ibu terbabit sebaliknya mengambil sebagai pengajaran. Tegasnya, ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap pemakanan anak-anak kerana boleh merisiikokan nyaawa mereka.

Sumber : Twitter hypopeep, Hello Doktor