Minum Jus Ini, Dapat Buang Toksin & Kolestrol

Minum Jus Ini, Dapat Buang Toksin & Kolestrol. Tak Percaya? Cuba Dulu | Kaknaz nak share satu resepi jus peberet kaknaz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.

Bahan asas dia ada timun, epal hijau, lemon dengan madu.

Korang tau kan TIMUN ni ada banyak KHASIAT dia. Antaranya ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.

Untuk KHASIAT EPAL HIJAU pulak, ia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung.

Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau. KHASIAT LEMON pulak tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.

Kalau nak cerita ada banyak lagi khasiat buah-buah ni. Korang ringankan jari, tekan google tau. Satgi panjang berjela pulak posting kaknaz ni, cemuih pulak nak baca. Kihkihkih.

Ok, ni sukatan jus yang kaknaz buat untuk 1 gelas gedabak ni ya.

~ 1 biji epal hijau
~ 1/2 biji timun
~ 2 slice lemon, amik jus je
~ 1-2 sudu besar madu
~ Air suam untuk kisar

Semua atas ni blender. Nak tapis boleh. Kaknaz tak suka tapis. Minum macam tu je. Rugila kalau tapis. Sebab fiber tinggi hampas dia. Ko pejam mata telan je. Air ni sedap tauuu. Bau fresh yakmat!

Ok, cuba tau.

Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak pakai pape skincare pun meletop dik. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!

Sumber : Sharinaz Redwan

4 KHASIAT LAIN EPAL HIJAU YANG ANDA TIDAK TAHU SELAMA INI

Adakah anda gemar makan epal hijau? Bagi anda yang suka rasa masam, anda pasti suka akan buah epal hijau ini. Buah ini adalah antara buah-buahan favourite bagi mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan.

Epal mempunyai kadar lemak yang rendah, tetapi ia mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi. Serat inilah yang membantu anda berasa cepat kenyang. Nak tahu antara khasiat epal hijau ini? Jom baca ini:

1. Mengatasi masalah sembelit

Epal hijau dapat membantu membersihkan saluran usus serta membuang sisa toksik dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Selain itu, zat masam epal hijau merupakan pembersih sistem tubuh yang baik.

Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia boleh membantu anda!

2. Kaya dengan sumber mineral dan vitamin

Epal hijau kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan serta mengandungi vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan kandungan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas dan membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam.

3. Mengandungi karbohidrat

Kalau anda nak tahu, sebiji epal hijau mempunyai anggaran 22 gram per 154 gram karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan dan apabila dia ditambah dengan serat yang ada dalam epal ini, ia dapat menggalakkan rasa kenyang.

4. Makanan tinggi serat

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat ini dapat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan kita.

Ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Selain itu, serat dalam buah epal hijau ini juga dapat membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan.

Anda dah tahu kan antara khasiat epal hijau ini? Lepas ini bolehlah biasakan diri anda untuk makan buah ini setiap hari.

Sumber: hijabnheel

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT