Meninggaal Dunia Ketika Sedang Bertadarus Di Sebuah Masjid

Seorang warga emas, Mat Jusoh Harun meningg4l dunia ketika bertadarus di sebuah masjid berhampiran rumahnya di Kampung Pauh Panji, malam tadi.

Kem4tian bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat itu berada dalam khusnul khatimah kerana sedang membaca ayat suci al-Quran sebelum tersembam.

Malah arwah yang berusia 65 tahun itu juga masih mampu membaca beberapa potong ayat al-Quran dan mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 10 malam.

Isteri arwah Wan Hasnah Wan Mohd Nor berkata, dia dimaklumkan bahawa arwah ketika itu masih mempunyai nadi tetapi terlalu lemah sementara menunggu ketibaan ambulans.

“Ketika itu saya berada di rumah dan dihubungi rakan suami meminta datang ke masjid kerana suami tidak sedarkan diri. “Saya meminta supaya mereka membawa suami ke hospital, namun menyuruh saya datang sendiri ke masjid melihat keadaan suami,” katanya.

Setelah tiba di masjid, dia melihat kedua belah kaki suaminya sudah diikat dan pihak hospital bertanya sekiranya ingin membuat bantuan pernafasan kecemasan (CPR) yang mungkin menyebabkan tulang mangsa patah. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut tidak diizinkan Wan Hasnah malah reda jika aj4l suaminya dijemput Ilahi setakat itu.

“Arwah seolah sudah tahu akan dijemput (Ilahi) kerana saya dimaklumkan dia meminta untuk membaca (al-Quran) dahulu sedangkan gilirannya belum tiba lagi.

Suami juga tidak mengalami sebarang peny4kit tapi pernah mengadu rasa s4kit di bahagian jantung tetapi tidak mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Sumber:Hanya cerita biasa via Majalah-harian.com