Menggempaarkan Negara 21 tahun lalu, Ini perkembangan terkini Kembaar Siaam Ahmad & Muhamad..

Masih ingat pas4ngan kembar siam Ahmad dan Muhammad seketika dulu yang mendapat perhatian dunia kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung?

Kembar bercantum atau lebih dikenali sebagai kembar siam merupakan kes ‘rare’ yang hanya berlaku dalam nisbah 1 : 200,000 kelahiran. Ia terjadi apabila zigot bayi kembar (seiras) gagal untuk terpisah secara sempurna.

Kembar siam gigih kejar impian di MSU

Ahmad dan Muhamad lahir pada tahun 1998 dalam keadaan bercantum ternyata menjadi topik yang selalu berlegar di media elektronik mahupun bercetak ketika itu. Sesiapa pun tidak dapat menahan sebak apabila melihat teletah anak-anak ini yang sentiasa ‘bersama’.

Namun dugaan berat tersebut berakhir apabila pada tahun 2002, Putera Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Putera Mahkota Arab Saudi ketika itu menawarkan ‘tangannya’ untuk membantu.

Dengan kos rawatan yang mencecah hampir RM 1.7 juta, ‘pemisahan’ kembar tersebut akhirnya berjaya dilakukan diHospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi

Sambung Pengajian

Masa terasa begitu cepat berlalu, berusia 21 tahun, Ahmad Rosli dan Muhamad Rosli sudahpun menjejakkan kaki ke menara gading. Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhamad sedang melanjutkan peringkat Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat.

Ahmad, Muhammad cekal hadapi alam kampus

“Adik saya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sedangkan saya masih di peringkat diploma.

Saya tak sempat habiskan p3ngajian diploma kerana sebelum ini saya berhadapan dengan masalah kesihatan dan memaksa saya untuk m3mbuat perubahan jadual. Jadi ia memakan masa untuk menguruskannya,” kata Ahmad ketika dihubungi wartawan Kampus Uols.

“Alhamdulillah, sepanjang belajar kami tidak berhadapan dengan kesukaran kerana di MSU ada menyediakan kemudahan untuk golongan OKU. Nak ke kelas mudah kerana ada disediakan lif untuk OKU, tandas juga mesra OKU, termasuklah surau dan kafeteria.

Malah untuk pergerakan ke kelas atau kuliah juga kami tidak perlu jauh kerana kedudukan bangunan saling berdekatan.Ahmad dan Muhammad serasi bersama

“Dulu, kononnya nak ambil jurusan seni halus, namun di MSU tak ada jurusan tersebut. Kalau nak kena ambil di universiti lain, tapi tak ada disediakan kemudahan OKU pula. Selepas berfikir, saya buat keputusan untuk menerima tawaran belajar di MSU,” katanya.

Ahmad mahupun Muhammad memilih untuk menjadi mahasiswa di MSU kerana tertarik dengan tawaran kursus yang disediakan, selain menyediakan kemudahan prasarana untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) serta berdekatan dengan rumahnya di Puchong bagi membolehkan mereka berulang alik.

Selaku anak sulung dalam keluarga, Ahmad mahupun Muhammad sebolehnya mahu menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik-adiknya dan tidak menjadikan ‘kekurangan’ sebagai halangan untuk melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.

“Insya ALLAH mungkin selepas tamat diploma ni saya akan cari kerja atau berkhidmat sebagai pereka grafik bebas. Bukannya saya tak mahu sambung belajar ke peringkat ijazah, tapi tahap kesihatan yang tidak menentu tidak mengizinkan saya berbuat demikian.

Manakala Muhammad katanya, dia mahu bekerja atau sambung ke peringkat Master,” kata pasangan ini yang pernah menjalani latihan praktikal di SIRIM.

Niat Baik Sememangnya Sentiasa Dipermudahkan

Sepanjang mereka berdua menuntut ilmu, segalanya seolah-olah menjadi mudah. Pihak universiti juga menyediakan kemudahan untuk golongan kelainan upaya seperti mereka. Malah lebih memudahkan pergerakkan mereka adalah apabila jarak antara kelas (dewan kuliah) juga tidak jauh.

Terbaru, malam tadi pendakwah dan penceramah bebas Ebit Lew berpeluang untuk bertemu dengan kembar terbabit. Dalam hantaran yang dimuat naik oleh beliau itu tertulis :

Sebaak sangat jumpa kembar Ahmad dan Muhammad yang dari dulu dengar kisahnya di kaca televisyen mahupun surat khabar. Hari ini jauh beliau datang dengar ceramah saya.

Ya Allah tuhanku. Dulu masa umur 4 tahun dipisahkan. Rezeki mereka masa tu pembedahan 1.7 juta oleh Putera Mahkota Arab Saudi. Allahuakbar.

sumber : Siakapkeli.com