Mengapa AZAN Pembesar Suara Tidak Dibenarkan Di SINGAPURA

Mengapa AZAN Suara Tidak Dibenarkan Di SINGAPURA | Akhirnya Terbongkar…Inilah Sebab Mengapa AZAN Melalui Pembesar Suara Tidak Dibenarkan Di SINGAPURA !!!  Apa yang diceritakan di sini adalah sekadar self-reflection (muhasabah diri sebagai Muslim)

DISEBALIK PERLAHANNYA LAUNGAN AZAN !!!

Bila ada petisyen minta azan diperlahankan di masjid-masjid kerana mengganggu penduduk setempat MP muslims di Singapura sangat marah. Maka, PM singapura masa tu Lee Kuan Yew telah membuat tinjauan di masjid-masjid di Singapura pada waktu solat fardhu untuk melihat sendiri bilangan jemaah yg hadir….

Ditanyanya apakah rasional dilaungkan azan? Maka MP Muslims menjawab “supaya kaum muslimin dtg bersolat di masjid”….

Jika azan sepatutnya mendapat respon 500 muslim di kawasan itu kenapa hanya 2 baris (2 saf – lebih kurang 30 org) yang hadir setiap kali solat fardhu. Dan keadaan ini sama sepanjang 2 bulan tinjauannya. Maka katanya lagi -permintaan siapakah yang wajar dipertimbangkan…? Majoriti penduduk yg merasakan azan bising dan mengganggu atau cuma 30 org yang menyahut seruan azan itu? MP muslims terkedu….

Kita marah hak kita dirampas, tapi apa tanggungjawab kita menjaga hak itu? Bila keputusan dibuat berdasarkan majoriti kita sebagai orang Islam berasa amat marah dan kononnya tersinggung….

Dimana kekuatan kita????

Kita marah orang hina agama kita tapi adakah kita memuliakannya????

Marilah sama-sama kita muhasabah diri buat kita di dunia ini bagi muslimin-muslimin sekalian. Di mana kesungguhan untuk solat berjemaah di masjid….

Berbaloikah kita terlampau mengejar kesenangan hidup di dunia yang sementara tanpa sedar maruah agama tergadai……

Jom kita jadi muslim terpilih yang Allah sebut dalam al-Quran sebagai kuntum khairun ummah…

Jom kita ubah diri sebelum membawa perubahan kepada yang lain…

Buat renungan kita……

JANGAN BERULANG SEJARAH INI PULA DI MALAYSIA NANTI……

Penuhilah masjid kerana Allah. Setiap langkah ke sana penuh dengan pahala…..

Sumber asal

Baca lagi artikel manfat dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi

Mohom Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat