Mengaku Nabi, Pengikut Mati Minum Peluntur

Mengaku Nabi, Pengikut Mati Minum Peluntur, Ini Penjelasannya | Enam penganut Kristian meninggal dunia dan empat lagi kritikal selepas dipaksa meminum sejenis peluntur dalam kejadian di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Kesemua mangsa bertindak demikian kerana didorong seorang paderi mengaku nabi di wilayah miskin Limpopo yang bersempadanan dengan Botswana.

Rakaman video menunjukkan paderi Rufus Phala memberi minum kepada pengikutnya turut tular di media sosial.

Phala yang mengaku sebagai nabi berkata, peluntur tersebut mampu menyembuhkan penyakit dan menyucikan diri si peminumnya. Polis sedang menyiasat insiden berkenaan.

Pada 2016, paderi kontroversi itu pernah memaksa pengikutnya meminum cecair pencuci tangan jenama Dettol.

Sumber: Daily Sun

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT