Mengadap Ilahi Ketika Sedang Membuka Pintu Masjid, Indahnya Pemeergianmu

JOHOR BAHRU – “Allah…Allah…Allah…mulianya kema tianmu. Indahnya pengakhiranmu,” demikian coretan lelaki dikenali sebagai Imam Khairul mengenai kema tian peniaga kedai makan, Osman Ahmad, 68, di Masjid An Nur Galleria Kotaraya, semalam.

Terdahulu, coretan serta video berdurasi 24 saat itu memperlihatkan kema tian Osman atau lebih dikenali sebagai Pak Osman yang re bah selepas membuka pintu masjid berkenaan.

https://kongsisibomonicko.com/wp-content/uploads/2021/01/Abah-meninggal-dunia-ketika-buka-pintu-masjid-The-Informasi.mp4?_=1

Allahyarham yang berada di depan pintu dilihat tidak bergerak dan re bah di depan masjid sebelum dibantu tiga individu yang berada di kawasan itu.

Berdasarkan coretan ringkas itu, Imam Khairul memperincikan keadaan Pak Osman beriktikaf lebih awal.

“Hari ini Jumaat. Beliau sedang iktikaf lebih awal. Beliau solat lebih awal.

“Beliau membantu pihak masjid membuka salah satu pintu tiba-tiba beliau re bah. Jantu ngnya terhenti,” katanya dalam perkongsian di FB Slumber Daily Plus.

Dalam kejadian itu, Allah yarham diberikan pertolongan kece masan kira-kira 40 minit sebelum disahkan me ninggal dunia.

“Beliau meni nggalkan kami semua jemaah di Masjid An Nur Galleria Kotaraya.

“Semoga Allah merahmati r0h Pak Osman. Beliau memuliakan banyak perkara yang dimuliakan Allah, lalu Allah memuliakannya,” katanya.

Katanya, kema tian Pak Osman juga ketika melakukan banyak kebaikan.

“Sedang hari ini hari Jumaat (semalam). Sedang beriktikaf, sedang berpuasa pula, sedang menanti di taman syurga majlis ilmu. Sedang mengimarahkan masjid membukakan pintu masjid.

“Seolah-oleh selangkah lagi masuk ke syurga. Tatkala detik husnul khatimah itu, Allah ambil nya wanya,” katanya yang memberitahu Allah yarham dipanggil abah dalam kalangan jemaah masjid.

Katanya, kewujudan Pak Osman tidak disedari dan ketiadaannya kurang dicari.

“Tapi setiap kali kuliah, beliau duduk paling depan. Iktikafnya lebih banyak sekalipun zahir ilmunya macam sederhana.

“Tak henti senyum, suka mengangguk setiap kali mendengar kuliah Maghrib. Umurnya pencen tetapi ibadahnya belia.

“Setiap kali sebelum saya tiba, dia sudah pun berteleku di sejadah saf depan. Ketika saya tiba dia biasanya menghulurkan tangan layak seorang bapa berjabat dengan anaknya. Begitulah rutin beliau,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kema tian warga emas itu jam 12.50 tengah hari semalam.

“Dalam keja dian itu pengadu, wanita berusia 22 tahun bersama bapanya yang beralamat di Bandar Baru Uda ke Masjid Galeria Kotaraya untuk bersolat.

“Ketika hendak membuka pintu masjid, si ma ti tiba-tiba re bah dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan me ninggal dunia,” katanya.

Siasatan mendapati mang sa berniaga nasi ayam di bangunan itu dan ada rekod sa kit jantung, da rah tinggi serta ken cing manis.

“Tiada kece deraan atau unsur je nayah ditemui pada si ma ti dan be dah siasat mendapati punca ke matian disebabkan sa kit jan tung,” katanya.

Sumber: Caramohon.com