Mampu Senyum Ceritakan Ibu Bapa Telah Tiadaa, Ketabahan Anak Syria Cetuus Seebak

Memasuki tahun ke-10 konflik peerang saudara, Syria nyata tetap menjadi perhatian dunia apabila beratus ribu nyaawa telah terkorbaan manakala jutaan rakyat menjadi pelarian. Antara yang paling terkesan pastilah anak-anak yang tak bersalah tersepiit dalam konfliik berikut, sampaikan terpaksa teruskan hidup sebatang kara tanpa ahli keluarga tersayang.

Da’i Syed terkenang detik interview kanak-kanak di Syria…tenang jelaskan di manakah ibu bapanya sekarang
Menerusi aplikasi TikTok, Da’i Syed telah berkongsi sebuah klip video yang menyaayat hati sewaktu bertandang ke negara bergoolak tersebut. Dia telah berkesempatan menemu ramah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bagi menceritakan pengalaman dan detik hidup sebagai rakyat di sana. Namun tatkala diajukan soalan tentang keberadaan ibu dan bapanya, budak lelaki bernama Ibrahim itu tabah dan senyum menjawab bahawa mereka sudah tiada lagi di dunia.

@daisyed_

Jika kehidupan membuatkan dirimu menangis . maka ingatlah ada 1001 kenangan yg membuat dirimu tersenyum 💔 sentiasa bersyukur #fyp #fypシ

♬ original sound – Dai Syed – Dai Syed

Tabahnya dia masih boleh tersenyum cakap ibu bapa dah tiada…tapi dia punya senyuman tu memang cute lah
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji semangat cekal yang dimiliki oleh kanak-kanak Syria tersebut sewaktu menjawab soalan Da’i Syed. Malah mereka turut mengakui tak mampu jadi sekuat itu apabila diuji sedemikian rupa. Secara keseluruhannya, video menyentuh hati terbabit telah meraih lebih 600 ribu jumlah tontonan setakat ini.