Makanan Kena Rampas Monyeet Lagi, Pengawal Keselamatan Ini Pasrah Asyik Kena Roompak Saja

Sebelum ini pernah tular satu video lucu mengenai seorang pengawal keselamatan yang menjadi mangsa ‘rompaakan’ seekor monyeet.

Dalam video tersebut, seorang pengawal keselamatan yang sedang menikmati makanannya terpaksa pasrah apabila seekor monyeet telah datang dan ‘meroompak’ makanannya sebelum dia sempat menghabiskannya.

Video tersebut menjadi tular kerana rata-rata netizen menyifatkannya gelagat monyet dan pengawal keselamatan itu amat lucu.

VIDEO 1 (video yang tular dulu):

https://nangtime.com/wp-content/uploads/2021/09/vvvdvv.mp4?_=1

Dalam masa yang sama, ramai juga yang berpendapat kejaadian tersebut mungkin hanya akan berlaku sekali sahaja dan tidak akan berulang lagi.

Namun sangkaan itu tidak tepat kerana baru-baru ini, lelaki pengawal keselamatan ini kena ‘roompak’ sekali lagi! Dan peroompaknya bukan manusia tetapi monyeet yang sama ‘merompaknya’ dulu.nangtime.com – Makanan Kena Rampas Monyet Lagi, Pengawal Keselamatan Ini Pasrah Asyik Kena Rompak Saja

Ketika duduk di kerusi sambil menjamah makanan, abang guard ini didatangi oleh seekor monyet dari atas rumah. Monyet itu sangat jelas akan tujuannya dan menghulurkan tangannya untuk cuba merampas makanan yang dipegang oleh abang guard yang terkejut dengan kedatangannya.

Akhirnya sekali lagi, entah kali yang keberapa, abang guard ni kena pasrah makanannya diambil dan dimakan oleh monyet itu.

Lagi melucukan apabila monyet itu terus makan makanan itu di depannya sambil abang guard sempat membuat mimik muka seolah-olah tak puas hati.

Rata-rata netizen terhibur dengan video gelagat mereka berdua. Malah ada yang berseloroh menasihatkan abang guard itu supaya membuat report polis kerana sering dirompak.

VIDEO 2:

https://nangtime.com/wp-content/uploads/2021/09/vdvdvd.mp4?_=2

Monyet tersebut sering kelihatan di tempat berkenaan dan mungkin sebab itulah monyet itu tidak taakut kepadanya dan sudah menganggapnya sebagai kawan. Di posting yang lain, lelaki ini memberitahu monyet itu merupakan kawannya.

Kredit: Arefiz69