Madu Itu Manis

“Madu Itu Manis”, Luah Seorang Wanita Menerusi Satu Perkongsian Pengalaman Hidupnya Bermadu | Mampu ke golongan wanita yang berpoligami berbaik-baik dengan madunya sendiri? Boleh jaga hati sendiri demi kebahagiaan orang lain?

Sememangnya sesuatu yang agak sukar mengelakkan daripada berlaku perkara yang menggores hati atau setidak-tidaknya salah faham dan menyebabkan kecil hati antara satu sama lain.

Namun, berbeza pula bagi wanita bernama Sherilyn Aidala yang mengakui hidupnya begitu bahagian setelah hidup bermadu.

Jom kita ikuti perkongsian wanita cantik ini.

Dia Sahabat Karibku Dan Maduku
Suka saya nak kongsikan gambar kenangan saya bersama madu saya. Dia juga sahabat karib, dia juga seperti adik beradik saya sekarang. Saya tidak tahu bagaimana nak kongsikan perasaan ini sebab kalau bukan kehadiran wanita ini mungkin saya tidak akan menjadi diri yang baru pada hari ini.

Dialah teman saya menangis dan ketawa bersama. Jauh perjalanan hidup saya bila saya cuba melihat balik ke belakang apa yang saya sudah lalui sepanjang hidup saya.

Terima Kasih Ya Allah

Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku hati untuk merasa sayang pada orang yang hadir dalam hidupku. Disaat tidak semua orang mampu untuk merasakan apa yang ku rasa.

Semua orang harus tahu yang untuk menjadi sebahagian dan seakrab sekarang ini bukanlah mudah, semuanya memerlukan ilmu dan melalui proses.

Dunia ini sudah terlalu penuh dengan kebencian dan kekerasan. Dunia ini menanti generasi baru yang penuh cinta, kasih sayang dan kelembutan.

Dan aku percaya generasi itu bermula dari diri sejatiku. Wanita yang menjaga dirinya. Wanita yang menyayangi dirinya. Terima kasih buah hati kerana telah berlembut dengan diriku.

Jika yang ada ini juga tidak cukup membuat manusia itu bahagian, jadi untuk apa Allah mahu memberikan lebih lagi?

Mungkin Allah hantar kesusahan demi kesusahan, kehilangan demi kehilangan, agar manusia mula menyedari betapa besar dan hebatnya kasih sayang Allah terhadap kita selama ini.

Ingat Pesanan Guru-Guru Yang Membimbing

Aku sentiasa ingat akan pesanan guru-guru yang membimbing. Kebahagian itu hadir apabila tiada penolakan takdir dalam hidup. Untuk itu, kita harus menerima hitam dan putih yang hadir dalam hidup.

Titik tolak kebahagian hidup aku bermula daripada aku mula belajar mengenal diri, dan menggali ilmu dengan lebih mendalam melalui segala program yang dianjurkan oleh e-hati.

Banyak sebenarnya ilmu yang tidak ketahui oleh orang ramai, sama seperti aku dahulu. Ilmu hati dan psikologi tentang manusia itu adalah sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Terima kasih ya Allah kerana telah menghantar orang-orang untuk membimbing aku.

Saya mohon maaf seandainya perkongsian ini menguris hati anda yang membaca, namun sejujurnya tiada niat yang tidak baik, hanya berkongsi rasa dan pengalaman.

Sumber: FB Sherilyn Aidala

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT