Lubuk Emas Dalam Asteroid Bernilai $10,000 (RM42378) Quadrilion

Beberapa tahun kebelakangan ni manusia mula mempersoalkan dan berspekulasi tentang adanya logam berharga dengan jumlah yang sangat besar belum dilombong di angkasa lepas.

Menurut saintis, mungkin terdapat bahan-bahan berharga seperti emas , platinum, berlian yang tertanam jauh di dalam asteroid yang bernilai bilion dollar. Dan sekarang, manusia pada zaman ini semakin hampir untuk melombong sebahagian kekayaan tersebut.

Gambar kumpulan penyelidik di NASA.

Menurut laporan The Sun pada 10 Ogos 2021, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang bagi meneroka sebuah asteroid yang berukuran 226 km diameter dan luas kawasan 165,800 km persegi yang dipercayai menjadi lubuk emas alam semesta.

Menurut Entrepreneur, Nasa bakal melancarkan penerokaan tersebut pada Ogos 2022. Ia mungkin dijangka tiba di situ pada tahun 2026. Gambar ini merupakan ilustrasi NASA tentang kapal yang digunakan dalam misi tersebut.

Asteroid tersebut diberi nama Psyche 16 dan ditemui sejak abad ke-19 lagi. Ia terletak di antara orbit planet Marikh dan Musytari dan berjaya menarik perhatian banyak pihak kerana strukturnya yang mempunyai logam padat.

Emas Dalam Astreroid
Menurut laporan yang diterima NASA, kandungan emas yang sangat banyak di dalam asteroid tersebut cukup menjadikan setiap penduduk di Bumi ini menjadi bilionair. Antara kandungan lain yang dijangka ada dalam asteroid tersebut adalah platinum, besi dan nikel.

Gambar ini adalah ilustrasi NASA bagi asteroid Psyche 16.

Nilai keseluruhan logam di dalam asteroid tersebut dianggarkan sebanyak $10,000 quadrillion. Misi yang bakal dilancarkan ke asteroid Psyce 16 bukanlah bertujuan untuk membawa pulang emas yang ada di situ tetapi untuk tujuan saintifik.

Nasa mengatakan, “Matlamat misi ini antaranya untuk memastikan sama ada Psyche 16 adalah sememangnya sebuah teras objek yang bertaraf planet.”

Persiapan dilakukan oleh NASA dari masa ke semasa.

Dilaporkan juga bahawa NASA akan bekerjasama dengan Elon Musk’s SPaceX dalam misi tersebut. Jika semuanya berjalan lancar, misi NASA/SpaceX untuk ke asteroid tersebut akan dilaksanakan pada tahun 2022.

Sememangnya alam ciptaan Tuhan Yang Maha Hidup itu penuh dengan rahsia. Semoga sesiapa yang ke situ nanti dapat melihat dan merasakan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa dan kembali kepada fitrah cara hidup yang sebenar.

Sumber : [NASA] [News18] [Infomalaysiatrending] [Entrepreneur]