Luahan Anak Kru Kapal Selam KRI Naggala 402, Saya Bangga Menjadi Anak Papa

Kisah mengenai karaamnya kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia pasti masih segar dalam ingatan banyak pihak.

Selepas disahkan sebagai karaam dan kesemua krunya meniinggaal dunia, pelbagai luahan daripada ahli keluarga maangsa dapat didengari menerusi laman sosial.

Bangga bapa seorang wira

Ada yang kehilaangan suami, kehilaangan bapa serta kehilaangan anak yang menjadi kebanggaan keluarga.

Salah satunya luahan daripada anak kepada Letda Laut (P) Munawir yang dikenali sebagai Aura Aulia dilaman Twitternya.

Terkejut karangan bunga depan rumah

Dalam perkongsiannya, dia menyatakan berasa bangga menjadi anak kepada seorang tentera laut yang sangat berjasa buat keluarga.

Dalam pada itu, dia turut mengakui terkejut apabila melihat karangan bunga dihadapan rumah kerana sebelum ini bapa yang menghantar karangan bunga buat orang lain.

Ternyata kali ini karangan bunga yang diperoleh adalah untuk pemergian bapanya.

Perkongsian yang dibuat oleh Aura Aulia itu telah mendapat perhatian warganet yang turut sama merasa hiba membaca luahan seorang anak kepada perwira negara.

Gadis tersebut juga sempat membalas dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan bapanya dan memberikan semangat untuknya supaya terus kuat menerima ujian hebat ini.

Anda dah baca? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber: Aura Aulia