Lebih 15 Tahun Kooma, Putera Arab Saudi Ini Pernah Diisytihar Men1nggal

Lebih daripada 15 tahun koma, ‘Putera Yang Tidur’ ini pernah diisytihar sebagai men1nggal dunia. Kisah Putera Al Waleed in Khalid Bin Talal kembali menjadi sorotan setelah ibu saudaranya, Puteri Rima Bin Talal berkongsi video putera tersebut baru-baru ini.

Pada tahun 2005, Putera Al Waleed yang merupakan anak saudara kepada bilionair Arab Saudi ini telah dimasukkan ke h0spital setelah kemalaangan jalan raya ketika tempoh baginda menyambung pengajian di kolej ketenteraan di London.

Puteri Rima menulis di laman Twitternya sempena Hari Kebangsaan Saudi pada 23 September lalu, “Sayangku, semoga Allah melindungimu, menyembuhkanmu dan mengembalikan kesihatanmu.”

putera

Baginda puteri yang juga adik kepada Putera Khaled memperlihatkan gambar anak saudaranya yang disambungkan dengan mesin sokongan sambil diselimuti dengan bendera Arab Saudi yang bertulis “Negara Kami Dalam Jiwa Kami”.

Putera Al Waleed Pernah Diisytihar Men1nggal Dunia
Pada April 2020, Putera Al Waleed pernah diisytihar men1nggal dunia secara klinikal oleh pasukan perubatan yang terdiri daripada 3 orang d0ktor Amerika Syarikat dan seorang d0ktor Sepanyol setelah usaha menghentikan d4rah daripada kepalanya. Bagaimanapun, baginda masih berada dalam keadaan koma.

putera

Ayahandanya, Putera Khaled berharap anak lelakinya itu akan sembuh sepenuhnya. Baginda berkata, “Ada yang bertanya saya, kenapa anda tidak membuka mesin tersebut daripada anak anda?

Saya membalas bahawa jika Allah menghendakinya m4t1 dalam kealangan itu, pasti anak saya sudah berada di dalam kuburnya,” kata baginda.

Pada Oktober 2020, Puteri Noura Binti Talal juga menghantar ciapan video Pu.tera Al Waleed menggerakkan jemarinya. Baginda menggerakkan jemarinya dan tangannya beberapa kali sebagai respon kepada arahan d0ktor.

putera

Beliau lalu menulis di Twitter, “Wahai anak kesayangan Khalid Bin Talal Al Waleed, segala puji bagi Allah yang memberi hidup kepada ssesiapa yang Dia mahu dengan Kehendaknya, segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan kesihatanmu, justeru jangan putus asa dengan kekuasaan Allah.”

Inilah bahagian ujian hidup yang dihadapi oleh keluarga diraja ini. Ahli keluarganya masih mengharap ada keajaiban berlaku dan tidak putus asa mengharap kesembuhan terhadap Pu.tera Al Waleed.

Jiwa bapa mana yang mahu melihat di depan mata sang anakanda tidak ‘hidup’ dan tidak juga ‘m4t1’ selama berbelas tahun. Semoga kesembuhan buat baginda.

Segala yang berlaku ada hikmahnya. Yakin, percaya, redha.

Sumber : [The National News] [Odisi]