Kucing Jumpa Ulaar Hitaam Berkepala Dua Yang Hidup Dan Membawanya Ke Ruang Tamu

Kucing peliharaan sebuah keluarga di Palm Harbor telah membuatkan keluarga pemiliknya terkejut besar apabila membawa sesuat masuk ke dalam rumah.Kucing Jumpa Ulaar Berkepala Dua Yang Hidup Dan Membawanya Ke Ruang Tamu

Menurut Kay Rogers, kucing milik anak permepuan mereka yang dinamakan sebagai Olive itu telah menggonggong seekor ular ke ruang tamu, namun kemudian anak mereka perasan sesuatu yang pelik pada ular tersebut daa memberitahu mereka ular itu berkepala dua!

Kay Rogers menyangkakan anak bergurau apabila dengar kata-kata anaknya itu, tetapi kemudiannya menyedari ianya adalah benar apabila melihat sendiri ular tersebut.

“Pada mulanya saya ingatkan anak saya bergurau apabila mengatakan Olive menggonggong ular hitam berkepala dua, tetapi apabila melihatnya sendiri, saya jadi kagum.

“Saya tidak pernah melihat reptilia begitu sebelum ini,” kata Rogers.

Ular berkenaaan kemudianya diambil mereka dari kucing (Olive) dan dinamakan sebagai Dos oleh anak perempuan mereka.

Kemudiannya, mereka pun menyerahkan ular tersebut yang masih hidup kepada Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar, Institut Penyelidikan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC).

Menurut FWC, ular hitam berkepala dua seperti Dos adlaah penemuan ganjil yang amat jarang berlaku dan menjelaskan keadaan ular itu dikenali sebagai bicephaly.

“Fenomena ini disebut bicephaly, yang bukan kebiasaan tetapi boleh terjadi ketika perkembangan embrio apabila dua monozigot kembar gagaal berpisah, akhirnya meninggalkan dua kepala pada satu badan,” tulis FWC dalam posting di Facebook.

Kecil sahaja ular hitam berkepala dua ini
Menurut FWC lagi, ular hitam berkepala dua itu sukar untuk bertahan di luar kerana bergantung kepada sepasang otak yang menyukarkannya untuk makan dan melepaskan diri daripada pemangsa atau haiwan lain, contohnya seperti kucing peliharaan keluarga Rogers (Olive)